Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 Mei 2018

Dua Peguam Termasuk Harpal Singh Berhenti Wakili Najib.

Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lapor Berita Harian.
Harpal Singh menarik diri dari mewakili Najib beberapa jam sebelum Najib perlu hadir ke bangunan SPRM.

Harpal ketika dihubungi oleh wakil Berita Harian, mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kediamannya di Langgak Duta, di sini, semalam.
"Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.
"Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri," katanya.
Harpal Singh berkata, beliau dan M Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.
Difahamkan, kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakannya. Laporan itu tidak menyebut sebab-sebab penarikan Harpal Singh dari mewakili Najib. - 22 Mei 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...