Khamis, 12 Mei 2016

PRK SG Besar & Kuala Kangsar - Suatu Pandangan.

Secara tradisinya kedua-dua kerusi berkenaan adalah hak milik PAS. Keputusan PRU yang lepas menunjukkan PAS tidak kalah teruk di kedua-dua seat berkenaan.

Berikut adalah rajah berkaitan ;



Sumber gambar : Malaysiakini.

1. Berdasarkan kepada rajah, kita perhatikan pengundi majoriti di kedua-dua kawasan ialah dari etnik bumiputera aka kaum melayu.

2. Untuk Kuala Kangsar, 68% pengundi ialah dari kaum melayu. Manakala 24% cina dan 7% ialah india.

3. Untuk Sg. Besar, 66% ialah pengundi melayu. 31% pula dari kaum cina dan 2% ialah dari kaum india.

4. Pada PRU lepas, PAS kalah tipis di kedua-dua kerusi berkenaan.

5. Tak boleh nak kata PAS tidak kalah teruk di kedua-dua seat atas sebab bumiputera mengundi PAS. Berdasarkan kepada informasi yang diterima aku, PAS tidak kalah teruk disebabkan pengundi bukan muslim solid memangkah PAS ditambah dengan sokongan dari bumiputera yang berpecah kepada dua kelompok, yakni menyokong BN dan menyokong Pakatan Rakyat pada ketika itu.

6. Pada tahun 2008 & 2013, PAS bertanding dalam keadaan mereka digambarkan sedang bekerjasama erat dengan parti PKR dan DAP.

7. Lihat rajah kembali. Jumlah yang mengundi PAS semakin meningkat dan bilangan majoriti semakin berkurangan terutamanya sejak PAS bersama PKR dan DAP.

8. Ini menunjukkan satu trend. Pengundi yang tidak berpecah kepada lebih dari dua fraction lebih mudah membuat keputusan untuk memangkah berbanding pengundi yang terhidang dengan lebih dari 2 pilihan.

9. Senang cakap begini. Apabila penyokong2 PKR, DAP dan PAS disekelompokkan, maka mereka2 ini lebih mudah diarahkan untuk memangkah calon dari parti berkenaan. 

10. BN juga tidak menang mudah kerana terpaksa melawan dengan penyokong2 pembangkang yang sudah solid akan memangkah pembangkang. Sebaliknya mereka terpaksa pula bekerja keras bagi memastikan penyokong2 BN keluar untuk mengundi.

11. Kekalahan tipis PAS mungkin berpunca dari undi India dan Melayu yang berbolak balik ataupun penyokong2 pembangkang yang tidak keluar mengundi / tidak dapat keluar untuk mengundi.

12. Yang penting kat sini JELAS bahawanya PAS dapat merapatkan jurang dengan calon BN disebabkan calon parti tersebut dijenamakan sebagai PAKATAN RAKYAT yang membuatkan penyokong2 pembangkang yang terdiri daripada pelbagai lapisan parti bersatu untuk memangkah calon dari parti tersebut. 

13. Bagaimana dengan trend pengundian tahun 2016?

14. PAS kini bukan sebahagian dari Pakatan Harapan. Manakala Pakatan Rakyat entah hidup entahkan mati nak cari kubur bacakan talkin tak jumpa batu nesan pula. Hahaha.

15. PAS juga bercakaran hebat dengan DAP. 

16. Ini membuatkan PAS berkemungkinan besar telah hilang kepercayaan dari masyarakat cina. Masyarakat cina adalah kedua majoriti bagi Sg. Besar dan Kuala Kangsar. Hilang sokongan dari masyarakat cina sebenarnya dah pun membuatkan PAS kalah di kedua-dua seat tersebut. Masyarakat cina hanya tak perlu keluar mengundi dan boikot sahaja kedua2 PRK tu bagi menunjukkan protes kepada PAS. PAS tidak akan menang di kedua-dua seat tersebut.

17. Adakah patut PH meletakkan calon di kedua-dua seat tersebut?

18. Patut. Jika PH dan PAS berpatah arang berkerat rotan.

19. Untuk PH jadikan keputusan dalam kedua2 seat tersebut sebagai rujukan dan penanda aras dalam memahami trend pengundian masakini bagi membantu mereka merangka strategi terbaik dalam PRU ke 14 kelak.

20. Tidak patut jika PH beranggapan bahawa masih ada jalan damai bersama PAS. 

21. Samada PH biarkan sahaja PAS bertanding dan tidak kacau (tidak berbunyi langsung samada menyokong atau membantah) dengan menjadi pemerhati ataupun PH ikut berkempen agar pengundi memangkah PAS.

22. Kedua-dua langkah di atas dapat membantu menyatukan kembali apa yang telah berpecah namun tidak dapat dinafikan ia akan memakan masa yang lama. Bukannya terus-terus bertaut kembali. By proses per proses la. Sekurang2nya tidak menambahkan keretakan sedia ada.

23. Jika PAS bertanding di kawasan tersebut, PAS tidak akan menang disebabkan penyokong pembangkang yang telah berpecah dan bercakaran sesama sendiri serta keliru sama seperti pemimpin2 mereka.

24. Jika PH turut bertanding, akan menyebabkan berlakunya lebih perpecahan dan ini boleh membantu BN menang dengan mudah.

25. Hanya ada satu keadaan untuk menafikan kemenangan BN. Semua parti pembangkang perlu bersatu. Itupun belum tentu menang. Hanya ada kemungkinan menang. Andaikata pembangkang bersatu belum tentu dapat menawan kembali ahti penyokong2 pembangkang yang teruk tercalar disebabkan pembawakan pembangkang dalam 2 tahun terakhir ini. Boleh jadi mereka akan melakukan protes senyap.

26. Cuma jika PAS, PH bertaut kembali sekurang2nya dapat membantu menjernihkan yang keruh. Sedikit demi sedikit. Penyokong mungkin terpujuk untuk memangkah pembangkang. Mungkin mereka fikir lebih baik kuburkan kemarahan kecil (konflik pembangkang) untuk memadamkan kemarahan besar (rejim zalim).

27. Adakah akan berlaku perubahan jika PH/PAS memenangi kedua-dua seat berkenaan?

28. Ya. Jika PAS berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan dibantu PH, maka pembangkang akan belajar betapa peri pentingnya penyatuan sesama sendiri dalam menjatuhkan rejim zalim.

29. Dari segi keuntungan kepada rakyat, kita akan menambahkan dua lagi suara pembangkang di parlimen. Suara-suara melawan. Itupun kalau tak ponteng parlimen.

30. Seterusnya terserah kepada budi bicara PAS dan PH dalam menilai strategi terbaik PRK SG. Besar dan Kuala Kangsar. 



Satu lagi. Jika PAS dan PH desperately mahukan kemenangan di SG. Besar, lobi la Jamal Yunos dijadikan calon UMNO. Percayalah, andai letak kayu lawan Jamal Yunos tu pun orang lagi sanggup pangkah kayu. Ini rahsia kemenangan di Sg. Besar andaikata PAS, PH tidak mahu bersatu!


KAH KAKAH KAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...