Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Mei 2016

Krisis Tasik Bukit Merah Part 5 - Mat Saman Kati (Mesti Baca)


Oleh MSK.

Krisis Tasik Bukit Merah - 5

Dari Pondok Tanjung, kita pergi ke Changkat Lobak kemudian menghala ke Empangan Tasik Bukit Merah. Dalam perjalanan kita akan jumpa Bandar Lembah Beriah.

Memang perancangannya nak dijadikan bandar, tapi sekarang nampak macam bandar tinggal.

Kawasan ini dulunya merupakan tanah rizab kerajaan. Ia merupakan hutan paya gambut yang digunakan sebagai benteng terakhir bila hujan. Air dari kawasan tinggi Batu Kurau dan Pondok Tanjung yang tidak mengalir kedalam Tasik Bukit Merah akan mengalir kesini. Tapi kawasan ini sudah diberikan kepada MK Land untuk membangunkan Bandar Lembah Beriah.

Buat rumah atas tanah gambut..memang nak cari nahas la. Cuba pergi ke Bandar Lembah Beriah dan kita akan Nampak rumah-rumah kosong terbiar. Rumah yang diduduki banyak yang retak dan ada yang terbelah dua.

Ada juga sederet rumah teres yang bumbungnya runtuh sebelum diduduki. Sapa yang beli rumah kat situ gerenti rugi.

Ok..sekarang kita fahami pulak Daerah Kerian.

Daerah Kerian mempunyai keluasan 92,306 hektar. 59,800 hektar adalah kawasan pertanian dimana 21,000 hektar dikategorikan sebagai Jelapang Padi. Penduduk Kerian seramai 180,000 (2010).

Kerian juga terus membangun dan limpahan pembangunan di Pulau Pinang mengalir ke Kerian terutamanya Parit Buntar. Kawasan industri turut dibangunkan dan semua aktiviti ini memerlukan air.

Daerah Kerian memerlukan 25 juta meterpadu air sehari untuk kegunaan pertanian, industri dan domestik, dan semua air ini datangnya dari Tasik Bukit Merah. Apakah sumber pendapatan utama penduduk Kerian? Aku percaya ramai yang akan kata padi.

Memang betul, kawasan pertanian di Kerian melebhi 50% dari keluasan keseluruhan tapi sumbangan padi kepada KDNK Kerian sikit sangat.

Penyumbang utama KDNK daerah Kerian ialah sektor perkhidmatan yang bernilai 1,312 juta ringgit (63.5%) diikuti dengan industry sebanyak 382 juta (18.5%) dan kemudian baru pertanian sebanyak 328 juta ringgit (15.9%) (2010).

Kalau pembangunan terus berjalan, industri semakin bertambah dan penduduk bertambah, dimana nak cari air?

Tak susah..air sungai Kerian ada, air Sungai Perak ada. Kita buat terowong la. Baru ada projek. Kalau kekalkan Hutan Simpan Pondok Tanjung dan Tanah Rizab Tasik Bukit Merah..mana ada projek.

Diantara perancangan utama Rancangan Tanah Kerian ialah menjadikan Kerian sebagai hub pengangkutan dengan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Terminal Utara (UMAT), Kawasan pelancongan di Bukit Merah, Kawasan projek aquakultur di Selinsing, dan kawasan perumahan di Trans Kerian.

Itu serba sedikit tentang Daerah Kerian. Tak ada yang pelik.

Yang pelik bagi aku, aku ulang..bagi aku, ialah ketika semua pembangunan ini memerlukan air, kawasan tadahan air di Pondok Tanjung dimusnahkan. Kawasan takungan air di Tasik Bukit Merah dijadikan kawasan pertanian haram. Empangan Bukit Merah dijadDaerah Kerianikan Resort.

Semua sumber-sumber yang mudah dan murah ini kita jahanamkan.kemudian nak bina terowong ambil air dari Sungai Perak pulak.

Kalau tanya kat orang Kerian, semua orang tau bahawa masalah lebihan dan kekurangan air yang ekstrim ini bermula sejak 1998-1999. Cuba check balik..bila Bukit Merah Laketown Resort siap dibina.

Daerah Kerian akan terus mengalami masalah banjir dan kemarau ini. Tapi tak apa…orang Kerian bukan risau sangat pun.

Banjir nanti dapat bantuan…kemarau pun dapat bantuan. Orang politik pun macam tu jugak. Banjir nanti boleh selfie dalam air. Boleh hulur bantuan Maggi dan Milo.

Di Tapah beberapa tahun dulu, kerajaan negeri menyahwartakan sebahagian Hutan Simpan Tapah untuk pembangunan. Orang Asal di Tapah cari peguam untuk lawan kes ini sebab ia menjejaskan kehidupan mereka. Mereka sanggup pergi mahkamah…sanggup berarak ke Putrajaya. Akhirnya kerajaan memberikan balik 700 ekar sebagai tanah adat untuk Orang Asal.

Di Kerian, rakyat Kerian mempunyai asas yang kukuh untuk menyaman Kerajaan Negeri kerana menyebabkan kerosakan dan kehilangan mata pencarian kerana gagal mengurus punca air. Adakah orang Kerian yang berani macam Orang Asal Tapah?

Aku berani bertaruh la…semua takut kehilangan bantuan benih…subsidi baja, BRIM…
Bila dah banyak makan dedak..buat apa pun, buat la.








Penafian ; Segala bentuk penulisan tidak boleh dicopypaste tanpa menyatakan sumber asal/diedit semula/dimanipulasikan atas tujuan tertentu.


Tujuan paparan semula di blog adalah untuk tujuan perbincangan, perbahasan dan siasatan. Harap maklum.



Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...