Ahad, 8 Mei 2016

Krisis Tasik Bukit Merah Part 3 - Mat Saman Kati (Mesti Baca)

Penulisan ini dikarang oleh Mat Saman Kati. Paparan semula di dalam blog adalah untuk tujuan penyiasatan, penyelidikan dan perbincangan. Almaklumla apa2 yang disebarkan di FB sangat sukar untuk kau cari semula selepas beberapa bulan. So bila paparkan di blog, kau taip keyword di Google dah boleh jumpa. Senang kerja. Lebih2 lagi isu neh sekarang viral bak goreng pisang panas kot. Lagi la kau kena 'catatkan' sejarahnya. Ia ada beberapa episode disertakan sumber rujukan untuk sebarang pertanyaan dan persoalan. Harap maklum ye.


Krisis Tasik Bukit Merah - 3
Sebelum masuk ke Tasik Bukit Merah, aku nak bagi taklimat sikit tentang Empangan Tasik Bukit Merah.
Tasik Bukit Merah merupakan tasik buatan manusia yang tertua di Malaysia.Ia dibina untuk menampung keperluan sawah padi dan kegunaan domestic…bukan untuk menjana elektrik atau nak buat resort.
Ia dibina pada tahun 1906 dengan kos sebanyak $1.06 juta pada ketinggian 8.08 meter. Pada tahun 1966, ketinggiannya ditingkatkan kepada 10.62 m. Dalam tahun 70an, apabila sistem pertanian moden diperkenalkan dimana padi ditanam dua kali setahun, keperluan air meningkat dan ketinggian Tasik Bukit Merah dipertingkakan lagi menjadi 11.28 meter (33 kaki)
Walaubagaimanapun, paras air di Tasik Bukit Merah sentiasa dikekalkan pada pada paras 28.5 kaki. Pada paras ini, Tasik bukit Merah mampu menampung sejumlah 83 juta meter padu air. Berdasarkan penggunaan air sebanyak 2.5 juta m/p sehari, Tasik Bukit Merah mampu menampung bekalan air selama 33 hari sekirannya tiada hujan yang turun.
Saiz Tasik Bukit Merah ialah 35 km persegi, tetapi dianggarkan 40% daripada keluasan permukaan tasik dilitupi oleh tumbuhan akuatik terapung. Dari tahun 2006 hingga 2009, JPS membelanjakan RM13 juta ringit untuk membuang tumbuhan ini.
Itu tujuan dan kemampuan Empangan Tasik Bukit Merah untuk memastikan Kerian kekal sebagai jelapang padi dan menghasilkan beras untuk kegunaan negara.
Masuk tahun 80an, masaalah bermula apabila lebuhraya utara selatan dibina. Ramai yang mula nampak Tasik Bukit Merah berpotensi jadi pusat pelancongan dan tempat buat duit.
Awal 90an, MK Land membuat cadangan kepada kerajaan negeri untuk ‘membangunkan’, Tasik Bukit Merah dengan membina bandar barudi Lembah Beriah dan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR).
Bagi orang politik dan rakyat Kerian, pembinaan Bandar baru dan Laketown Resort ini dianggap satu kemajuan. Bagi pencinta alam sekitar dan ahli akademik yang terlibat dalam penjagaan alam sekitar, ini bukan pembangunan sebaliknya pencerobohan berlesen.
Masa tu sapa nak dengar cakap pakar alam sekitar, walaupun dari kalangan pegawai kerajaan sendiri.
JPS membantah pembinaan Bukit Merah Laketown Resort kerana ia akan mencemarkan tasik. Tapi duit lebih penting. “Pembangunan dan peluang pekerjaan” lebih penting dari cakap jurutera JPS. Bantahan JPS dibakulsampahkan dan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 1670 ekar kepada MK Land untuk pembangunan. 100 ekar lagi kawasan dalam tasik diberikan untuk pembinaan resort dan chalet.
Persetujuan sudah diberikan oleh kerajaan negeri dan apa yang boleh dibuat oleh JPS ialah meletakkan syarat iaitu semua struktur bangunan mestilah dibuat pada paras sekurangnya 35 kaki pada paras tasik. Ini untuk memberi ruang kepada penambahbaikan masa depan. Keperluan air sudah pasti akan meningkat dan empangan perlu dinaikkan untuk menampung lebih banyak air.
MK Land berkeras mahukan resort dibina pada paras 33 kaki. JPS membantah. MK Land mengugut untuk mambatalkan projek dan kerajaan negeri kecut perut. Akhirnya, kepentingan kapitalis diutamakan berbanding kepentingan pesawah Kerian.
Kerajaan Negeri sekali lagi membakulsampahkan bantahan JPS dan membenarkan MK land membangunkan Bukit Merah Laketown Resort.
Dan bila dibina, chalet dalam tasik dibina lebih rendah dari yang dipersetuji. Lantai chalet berada pada paras 32.5 kaki.
Untuk memastikan keselamatan pengunjung BMLR, pintu pelepasan air ditetapkan pada paras 30 kaki. Sekiranya berlaku hujan lebat dan air masuk kedalam tasik dengan banyaknya, maka pintu pelepasan air akan terbuka secara otomatik. Pengunjung BMLR tak perlu risau dilanda banjir. Mampuih pi la penduduk Kerian kalau rumah mereka tenggelam atau hanyut.
Keutamaan diberikan kepada Bukit Merah Laketown Resort.
Landasan keretapi berkembar yang baru dibina merentasi Tasik Bukit Merah dan siap pertengahan 2013. Ini merupakan satu lagi aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh pengurusan Tasik Bukit Merah.
Ketinggian landasan ini dibina pada paras yang sama dengan bangunan-bangunan di Bukit Merah Lake Town iaitu 33 kaki. 
Paras air Tasik Bukit Merah sentiasa dikekalkan pada paras 28.5 kaki manakala paras merbahaya ditetapkan pada paras 30 kaki. Ini bermakna, Tasik Bukit Merah hanya mempunyai ruang setinggi 1.5 kaki untuk menampung air dimusim hujan.
Kalau hujan lebat turun selama dua minggu berturut-turut, Tasik Bukit Merah akan penuh dan air akan melimpah dan kawasan rendah akan banjir. Kalau paras air ditingkatkan, BMLR akan banjir. Jadi, biarlah sawah padi tenggelam dan kampong banjir asaslkan BMLR tidak terjejas.
Tasik Bukit Merah telah gagal memainkan perannya sebagai buffer untuk mengawal banjir ataupun tempat takungan air, sebaliknya, Tasik Bukit Merah hanya berperanan untuk memastikan Bukit Merah Lake Town sentiasa cantik dan menawan.
Satu lagi kekangan yang dihadapi oleh JPS ialah kemunculan penempatan-penempatan haram di kawasan rizab Tasik Bukit Merah. Kampung Selamat contohnya, bermula dengan pencerobohan haram. Tapi kemudianya dihalalkan atas kepentingan politik. Jalan masuk ke Kg. Selamat dibina hanya beberapa inci dari paras biasa Tasik Bukit Merah.
Sekiranya paras air diTasik Bukit Merah dinaikkan beberapa inci, maka jalan yang menghubungi kampong tersebut akan tenggelam dan ini akan menjadi isu politik yang perlu diselesaikan.
Ini adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh JPS apabila menghadapi masalah lebihan air.

Bagaimana dengan musim kemarau?





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...