Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Mei 2016

Krisis Tasik Bukit Merah Part 4 - Mat Saman Kati (Mesti Baca)

Oleh MSK.

Krisis Tasik Bukit Merah – 4


Tahun 2008 berlaku banjir besar di Daerah Kerian. Masa tu masing-masing memberi alasan hujan turun yang luar biasa. Tahun 2009, berlaku kemarau luar biasa hingga menyebabkan Tasik Bukit Merah kering hingga ke paras bahaya minimum iaitu 20.3 kaki. Paras kritikal ialah 20 kaki.

Sebenarnya, krisis air tahun 2009 lebih teruk dari sekarang. Mengapa sekarang baru bising?

He.he. PRU 14 kemungkinan tahun depan. Masing-masing nak tunjuk hero. Pirrrrahh!!

Mengapa hujan luar biasa dan kemarau luarbiasa semakin menjadi biasa? “Mungkin Tuhan mulai bosan..Melihat tingkah kita. Yang selalu salah dan bangga..dengan dosa-dosa. Atau alam mulai enggan…bersahabat dengan kita. Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.”

Jom kita masuk ke Tasik Bukit Merah. Exit Highway PLUS dan masuk ke Bukit Merah Laketown Resort. Jangan masuk ke Resort..kecuali hangpa nak joli.
Dari Resort terus ke Kampung Selamat.

Lagi satu km nak sampai Kg. Selamat boleh nampak satu kawasan yang sedang di cuci disebelah kanan. Kalau bukan kerana krisis ini, aku rasa dah tanam sawit dah. Yang ni pencerobohan haram atau halal?

Terus masuk ke Kampung Selamat dan kita akan nampak signboard larangan menceroboh.
Larangan ini dikeluarkan oleh Jurutera Daerah, JPS. Kalau la Jurutera Daerah JPS nampak aku tengah menceroboh..dia ada kuasa nak cekup aku tak?

Tak ada. JPS cuma keluarkan warning tapi tak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap penceroboh sebab kuasa tersebut terletak dibawah Pejabat Tanah.
Sebaik saja melewati signboard ini, kita akan nampak keadaan tasik sekarang.

Tak jauh dari tempat gambar tasik yang kering itu diambil, ada sebuah jengkaut yang tak ada tuan. Masa tu aku pergi dengan konvoi Ahli Parlimen Bagan Serai. Dua tiga hari selepas tu, Pejabat Hutan juga buat serbuan di Pondok Tanjung dan berjaya merampas sebuah jengkaut dengan traktor..tapi tuannya tak ada. Itu pasal kalau nak buat tinjauan pencerobohan ini aku lebih suka pergi senyap-senyap secara haram. Baru boleh tengok depa tengah buat kerja.

Dari Kg. Selamat kita boleh terus pergi ke Pondok Tanjung mengikut pinggir tasik. Tahun 2012 aku mula sampai tempat ni. Ada orang offer tanah lima ribu ringgit seekar. Upah membersih dan meratakan tanah lagi 5k. Tanah ni tanah rizab Tasik Bukit Merah tapi jangan takut la. Ceroboh dulu…mohon kemudian. Gerenti dapat.

Sahabat Alam Malaysia telah mengambil tindakan dengan membuat lapuran kepada Pejabat Tanah Kerian sebab depa yang ada kuasa. Betul ka depa ada kuasa?

Pejabat Tanah Kerian membalas surat dengan memberitahu bahawa mereka maklum tentang pencerobohan tersebut tetapi sebarang tindakan perlu mendapat kelulusan Mesyuarat EXCO Negeri!

EXCO pun tahu ada pencerobohan tapi tak mau tindakan diambil sebab PRU 13.

Dan yang menarik, rupa-rupanya ada perancangan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai Rancangan Tanah Berkelompok tetapi mendapat bantahan dari JPS.

Nampak tak macam mana depa beroperasi? Pencerobohan haram ini bukan sikit-sikit dan ia bukan dibuat oleh orang kampong. Ia dilakukan dengan pengetahuan semua jabatan sehinggalah keperingkat Menteri Besar. Dan sekarang orang yang sama juga lah yang setiap hari keluar dalam suratkhabar menyuruh menghentikan “pencerobohan haram”! Memang anak haram la!

Itu sebab aku kata ini bukan pencerobohan haram tapi ‘jenayah terancang’. Mereka yang terlibat dalam menjaga dan mengurus Tasik Bukit Merah sepatutnya menghalang sebarang pencerobohan untuk memastikan Tasik Bukit Merah dalm keadaan baik, tapi depa pulak yang nak menghancurkannya dan menimbulkan krisis? Sebab apa?

Yang tu tunggu episode ke 6 atau ke 7.

Lebih banyak krisis dicipta, lebih banyak penyelesaian diperlukan. Dan setiap penyelesaian bernilai ratusan juta ringgit. Depa buat duit dengan mencipta krisis…dan depa buat lebih banyak duit bila menyelesaikan krisis.


Rakyat jugak yang mampuih.





Penafian ; Segala bentuk penulisan tidak boleh dicopypaste tanpa menyatakan sumber asal/diedit semula/dimanipulasikan atas tujuan tertentu.





Tujuan paparan semula di blog adalah untuk tujuan perbincangan, perbahasan dan siasatan. Harap maklum.





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...