Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 Mei 2016

Selepas Kantoi Ajak Musnahkan Melayu, Superman DAP Salahkan Siber UMNO Tetapi Dia YG Kena Balik!

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar la you neh Hew.

Buat ucapan berbaur perkauman > kantoi > viral di laman sosial > kena kutuk > nafikan laporan > salahkan UMNO > kena kutuk di ruangan komen.

Ya, ini kronologi kejadian. Superman DAP kena lenyek kaw-kaw. Kesian. Dah la baru hilang 5 kerusi. Hadoi.

KAH KAH KAH!

Btw, senang betul jadi ahli parti DAP.

Contohnya la. Sekadar contoh tau.

Bila kau kantoi upload gambar cium-cium kat FB, orang sempat screenshot then sebar, kau laju-laju salahkan UMNO sebagai dalang dan mengajak semua orang menolak politik kotor dan keji.. (mata terbeliak neh) padahal tu tangan kau sendiri yang tersilap update. Sama macam kes si Hew neh. Dia yang berucap berapi bagai, UMNO yang dia persalahkan. Hampeh betul.

KAH KAH KAH

Oke, kita lihat video dulu ;

 

Aku suka ahti nak petik statement Zairil.
A DAP lawmaker has labelled Hew Kuan Yau’s choice of words when campaigning for Abdul Aziz Isa during the Sarawak election as “unfortunate” as the party was not out to racialise any issue.
Speaking to FMT, Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari said while he understood the message Hew was trying to get across, he said he did not agree with how the DAP firebrand conveyed it.
“Although he was definitely not trying to say that Aziz would screw all Malays, I also think he should exercise better wisdom in articulating his thoughts.
“I hope all our leaders will exercise greater judgment in their future statements, especially in this technological age.”
Hew, popularly known as “Superman” for his penchant in wearing attire depicting the iconic superhero, drew flak after a video of him delivering a speech, deemed to be racist, made the rounds on cyberspace.

Secara tak langsung memberikan satu gambaran bahawa apa yang disampaikan dan dihebahkan oleh TENTERA SIBER UMNO adalah BENAR. Kalau tak benar tiada keperluan la si Zairil nak mengatakan dia tak bersetuju dengan cara penyampaian SUPERMAN PALSU HEW tu.

Maknanya paling2 koman perkataan jom screwkan (hapuskan, musnahkan, habiskan) melayu mesti ada dalam ucapan tersebut meskipun SUPERMAN PALSU HEW menafikan ia.

Pada awalnya aku nampak sebaran video tersebut. Aku diam dan baca komen selepas melihat rakaman. Aku nak lebih2 pun tak berani sebab tak faham sepatah haram apa benda orang gila tu repekkan. Btw, aku memang tak suka si Hew Kuan Yau sebab dia mengantoikan dirinya racist bukan sekali neh bahkan berkali2 dah. Kalau korang tak percaya p google, taip nama dia atau alias dia si SUPERMAN DAP. Paling top isu arak dan hudud. Dia akan ada pada mana-mana isu kontroversi yang babitkan agama dan bangsa. Jika ulasan dia ilmiah dan berpandukan kebenaran aku takde hal, tapi masalahnya dia lebih kepada membuat suka provokasi dan bagai meniup-niup semangat perkauaman. Pada aku dia ialah UMNO yang berbangsa cina. Sangat racist dan aku tak suka. Kalau rajin boleh refer sini antara aktiviti Superman Palsu Hew tu ==> http://sozcyili.blogspot.my/2014/10/syukur-dap-kalah-di-teluk-intan-lagi.html

Oke tadi korang baca kenyataan Zairil kan. Sebenarnya dulu MSK ada tulis satu siri The making of...Dyana Sofea. Sayangnya aku tak copy paste penulisan tersebut untuk jadi rujukan di kemudian hari. Apa yang pasti bila search kat fb, hanya dapat akses episode yang keempat, yang lain2 tu dalam versi status fb maka dia hilang la.. adoi. Kenapa cerita tu penting? Penting sebab kat situ ada kaitan dengan SUPERMAN PALSU HEW tu. Dia antara yang dikatakan mensabotaj Dyana Sofea tau. Kekononnya dia dah bersedia sebagai calon tetapi alih2.. hihihi. Untuk akses episode keempat, boleh klik sini. Dan Zairil tadinya tu jeng jeng jeng dengan Dyana dan tetiba dia respon plak ke FMT so aku rasa fishy fishy gitu. Ini kes balas dendam ke apa.

KAH KAH KAH

Dan baca sini dan sini juga.

Oke berbalik ke tajuk utama. Aku pada asalnya tak sure samada translation yang dihebahkan tu betul ataupun tidak tetapi aku baca banyak yang komen dari geng2 cina. So aku tengok response dorang je. Kalau dorang macam pertikaikan, maka aku percaya si gila tu kena fitnah tapi aku tengok ramai seolah2 mengiyakan versi translation tu so pada aku sedikit sebanyak betul la apa yang ditranslatekan tu. Tambahan pula dia selama neh memang membawa satu imej yang racist lagi mengracistkan so aku tak rasa aneh. Itu memang watak dia.

Tapi dia menafikan. Ye, dia menafikan.

Ini kenyataan penafian dia.

Tentera siber UMNO sengaja memutar belit hujah-hujah saya dalam ucapan Bahasa Mandarin di Ubah TV, Youtube, dengan penterjemahan yang tidak tepat. Mereka tukar perkataan "PBB" kepada "Melayu". Itu putar belit.
Sebenarnya saya tidak anti-Melayu, tetapi hanya maki puak PBB yang korupsi.
Subtitles Melayu yang BN terjemah adalah tidak tepat, ia berbunyi:
"Di Dun Batu Kitang, Kuching, jangan bazir undi,
undi DAP jangan undi PKR.
Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang.
Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak.
Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak.
Supaya Aziz boleh "SKREW" puak Melayu sendiri...
"SKREW" Melayu korup sendiri
"SKREW" POK KAI puak Melayu sendiri
Ini akan jadi wayang yang terbaik yang patut kita tengok, setuju tak?"
Sila saudara-saudari merujuk klip video dari minit 6:40 hingga 7:30( dari klip video yang lengkap).
Berikut adalah teks penterjemahan bahasa Melayu yang tepat dari Bahasa Mandarin:
"Saya berharap pengundi di Batu Kitang, Kuching, jangan bazirkan undi, jika kamu bencikan BN, sila tumpukan undi kamu kepada DAP, jangan undikan PKR. Undi kita jangan berselerak. Jika undi dipecah-belahkan, maka menanglah BN. Jika tumpukan undi, maka DAP menang. Sesiapa nak DAP menang, berikan tepukan.
Maka saudara saudari dari Batu Kitang, anda seharusnya tumpukan undi kepada Aziz, calon yang mempunyai peluang kemenangan yang tertinggi. Kamu lihat Aziz, seorang calon yang memiliki kemampuan.
Esok hari, Aziz, berkemungkinan besar akan menjadi seorang YB Melayu pertama dalam sejarah DAP Sarawak selama 38 tahun.
Kamu bukan sahaja memilih seorang YB sahaja, malah kamu memilih seorang YB yang partinya berjuang susah payah selama 38 tahun baru dapat menembusi kawasan Bumiputera.
Ayuh kita hantarkan Aziz masuk ke dalam Dewan undangan negeri demi skrew bangsa Melayunya, yakni politikus besar yang korup, screw "pokai" di PBB. Inilah babak yang paling menarik. Yang setuju, berikan tepukan."
Saya bukan pelampau cina, saya tidak anti Melayu, saya anti politikus yang Korup di PBB, BN.
Sekiranya saya anti Melayu, tak kan saya rayukan pengundi di Batu Kitang tumpukan undi kepada calon Melayu dan tolakkan calon PKR yang berbangsa cina.
Selain itu, dalam video clip (edisi sempurna) yang sama, saya juga merayu pengudi di kawasan Semangang supaya tumpukan undi kepada saudara Leon, calon DAP yang keturunannya bangsa Dayak, dengan menolak calon bebas yang berbangsa Cina.
DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk nasib rakyat Malaysia, saya bangsa Malaysia, berjiwa Malaysia, yang mainkan politik perkauman adalah MCA, UMNO dan lain lain parti komponen BN.
Secara ringkas, subtitles yang tentera siber BN paparkan adalah tidak tepat, dengan niat yang jahat supaya bangsa Melayu dihasut demi membencikan DAP.
MCA bersubahat dengan seorang opportunist politik yang mendalang episod ini.


Mana aku petik? Dari fb dia sendiri.

(rujukan)

Dan macam biasa aku nak fahamkan situasi aku baca kat ruangan komen. Tujuan aku nak baca respon geng2 cina je. Sebab versi sebaran LLS (rujuk sini) pengomen2 cina bersetuju bahawa si Hew ajak jom screwkan melayu tapi si SUPERMAN PALSU HEW menafikan. Then sekali lagi aku nampak woahhhh si Hew neh memang dah nak mampos gamaknya. 

Budak2 cina kat page tu tengah laukkan dia beb. PAGE DIA SENDIRI KOT!

Nah, tengok ;


 

Itupun aku baru sedar. Ntah dia ada delete komen ke, ban ke apa ke aku tatau. Tapi lawak la sebab orang kat situ bagitau bahawa translation si Hew neh jauh tersasar dari apa yang dia sampaikan menerusi rakaman video tu beb. Haram ada orang bela translation dia. Korang tak rasa pelik ke? Seriyus sorang pun takde walaupun lebih 300 yang share. Yang share neh pun tah la apa tujuan dorang.

Hahahaa.

Dan paling aku kesian si Aziz tu. Calon DAP yang kalah kat Batu Kitang tu la. Sudah la kena tendang2 macam bola oleh DAP, lepas tu sanggup keluarkan statement yang menunjukkan dia kurang cerdik dalam mengulas isu neneknya yang pro BN, Yang terkini pula bekap statement Hew. Hadoi. Bagi aku Aziz Isa seriyus la.. aku tatau nak cakap apa. Kadang2 depa neh saja je berlakon depan media padahal dalam ahti menyampah gila babi. Aku harap Aziz Isa masih reti membezakan apa itu maruah dan apa itu tak bermaruah la ye. Bagi aku DAP bukan parti yang racist jika semata2 terdapat orang2 yang racist di dalamnya. Sebab kat Malaysia neh aku tengok semua jenis parti ada orang2 yang racist. Ko UMNO ke tak UMNO ke semua parti2 elit ada bebudak racist yang menggangotai parti mereka. Tapi bagi aku untuk kata DAP pro racist antaranya ialah berdasarkan kepada ada atau tiada pemimpin2 tertinggi mereka yang bersikap atau menunjukkan ciri2 racist? Jika ada maka ya parti itu racist. Ada atau tiada parti2 itu perlu beria2 menunjukkan, mengambarkan, mengiklankan atau mewatakkan parti mereka tak racist? Jika ada, ya parti itu racist. Jangan salahkan stigma masyarakat. Tengok diri sendiri dulu macam mana. Ah sial la. Aku dah merepek gile sementara tunggu video habis upload di youtube. Kbai chowchichow.

KAH KAH KAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...