Ahad, 8 Mei 2016

Krisis Tasik Bukit Merah Part 2 - Mat Saman Kati (Mesti Baca)

Penulisan ini dikarang oleh Mat Saman Kati. Paparan semula di dalam blog adalah untuk tujuan penyiasatan, penyelidikan dan perbincangan. Almaklumla apa2 yang disebarkan di FB sangat sukar untuk kau cari semula selepas beberapa bulan. So bila paparkan di blog, kau taip keyword di Google dah boleh jumpa. Senang kerja. Lebih2 lagi isu neh sekarang viral bak goreng pisang panas kot. Lagi la kau kena 'catatkan' sejarahnya. Ia ada beberapa episode disertakan sumber rujukan untuk sebarang pertanyaan dan persoalan. Harap maklum ye.



Krisis Tasik Bukit Merah – 2

Untuk memahami krisis Bukit Merah,jom kita fahami dulu ekosistem dari Batu Kurau sampai Kuala Kurau, ikut Sungai Kurau.
Batu Kurau adalah kawasan tinggi manakala Kuala Kurau kat tepi laut..kawasan rendah. Malah, ada kawasan di Kerian lebih rendah dari paras laut.
Bila hujan turun,air dari Batu Kurau akan mengalir ke Pondok Tanjung sebelum memasuki Tasik Bukit Merah. Air dari Tasik Bukit Merah pula kemudiannya di salurkan kekawasan Kerian. Nampak mudah tapi apa yang berlaku sepanjang perjalanan air dari Batu Kurau ke Kuala Kurau itu sangat menarik.
Batu Kurau dan Pondok Tanjung terletak dalam Daerah Larut, Matang dan Selama…manakala Tasik Bukit Merah, Bagan Serai, Parit Buntar dan Kuala Kurau tu dalam Daerah Kerian. So, ada dua Pegawai Daerah dan ada dua Rancangan Tanah Daerah.
Batu Kurau dan Pondok Tanjung terletak dalam Parlimen Larut. Tasik Bukit Merah dalam Parlimen Bagan Serai manakala Kuala Kurau dalam Parlimen Parit Buntar. So, ada tiga Ahli Parlimen dan tujuh ADUN. Ada tiga Ketua Bahagian Umno tiga YDP PAS dan tiga Ketua Cabang PKR.
Shit…pasai apa aku melencong ke politik pulak ni.!!
Kita tolak tepi dulu pasai politik tapi kena ingat…setiap keputusan yang dibuat dalam perancangan tanah daerah adalah berdasarkan ekonomi, politik dan sosial.
Air tak kenal politik..dia ikut bentuk muka bumi. Jadi, air dari Batu Kurau akan mengalir ke Pondok Tanjung. Di Pondok Tanjung ni ada Hutan Simpan yang dikenali sebagai Hutan Simpan Pondok Tanjung.
Pada tahun 1913, selepas Empangan Tasik Bukit Merah dibina,seluas 10,170 hektar hutan ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Pondok Tanjung.
Hutan ini merupakan hutan paya gambut dan berusia kira-kira 1000 tahun. Tanah gambutnya berwarna hitam manakala airnya berwarna merah kehitaman. Ini terjadi disebabkan kandungan karbon yang tinggi yang terjadi melalui proses penguraian semulajadi.
Asid humik yang terdapat dalam gambut tersebut akan diserapi oleh air yang mengalir dan menyebabkan airnya berwarna merah kehitaman. Dan air ini cukup special sebab ia cukup sesuai untuk ikan hiasan seperti Arowana.
Aku tak tau kat tempat lain…tapi kalau sekitar utara Malaysia..inilah satu-satunya tempat hutan paya gambut yang ada.
Macam mana kita nak tau hutan tu berumur 1000 tahun? Kalau nak kira…tengok ketebalan gambutnya. 500 tahun diperlukan untuk menghasilkan SATU meter gambut. 
Gambut ni macam ‘sponge’..ia bertindak sebagai penapis, menyerap nutrient dan mengasingkan bahan toksik. Dia menyerap air dimusim hujan..kemudian dilepaskan bila musim kemarau. Lebih kurang macam buah pinggang kita.
Yang ni tak payah tanya kat Profesor…tanya kat Tok Batin pun dia tahu. Itu pasal Orang Asal jaga hutan macam dia jaga buah pinggang. Tapi masalah kita…kita lebih jaga barang tu. Naik lemas aku tengok newsfeed dalam FB asyik dok iklan ubat kuat.
Hutan Simpan Pondok Tanjung yang merupakan buah pinggang dalam ekosistem ini asyik kena operate. Tahun 1913 ada 10,170 hektar. Tahun 80an dah tinggal 8,000 hektar. Tahun 1998 ada 7,000 hektar. Tahun 2012..tinggal hanya 4446 hektar saja!! Sapa yang dok sapu ni?
Ini bukan pencerobohan haram..tapi halal.
Depa buat apa?
Depa tanam kelapa sawit dan getah. Tahun 1989 ada 5,000 ekar ladang sawit tapi tahun 2012 dah ada 8,000 ekar.
Tanam sawit buat apa…
Sawit memerlukan baja yang banyak. Lepas tu kena pakai racun serangga dan racun herba. Kalau dulu…Hutan Simpan Pondok Tanjung menyerap dan menapis nutrient dan toksik…sekarang ladang sawit Pondok Tanjung mengalirkan lebihan baja dan racun herba ke Tasik Bukit Merah.
Tak cukup dengan sawit, depa buat ladang kambing. 1400 hektar untuk ladang kambing!! Tapi cuba hangpa pi tengok berapa ekor kambing yang ada dan bandingkan dengan puluhan juta ringgit yang dah dilabur dan lebur.
Tok Batin pun geleng kepala!!
Ini jumlah keluasan atas kertas saja…kalau tengok realitinya..dah hampir musnah. Bila kita kata ada pencerobohan…depa mintak bukti.
Semalam Pejabat Hutan buat serbuan dan dapat bawa balik satu excavator dan traktor. Yang menariknya, depa rampas excavator warna kuning.
Wei…excavator warna kuning tu tahun 2012 aku dah ambik video tengah meratakan hutan simpan Tasik Bukit Merah!!
Excavator warna hijau dekat Kampung Selamat dah rampas ka belum?
Bila buah pinggang dah rosak..anggota lain pun mula menghadapi masalah.

Esok kita masuk empangan Tasik Bukit Merah.





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...