Rabu, 11 Mei 2016

Krisis Tasik Bukit Merah Part 6 - Mat Saman Kati (Mesti Baca)



Oleh MSK.

Krisis Tasik Bukit Merah - 6

Aku bukan ahli ekonomi atau pakar undang-undang. Aku hanya penternak kambing. Dalam siri kali ini aku tak tau nak cerita dengan ilmiah..jadi aku nak minta tolong pakar-pakar ekonomi dan undang-undang yang ada kat luar tu tolong aku buat kira-kira dan tengok dari sudut undang-undang.

Bila kami bangkitkan satu-satu isu tentang alam sekitar, orang kerajaan akan kata kami anti pembangunan. Dan bila depa gunakan isu peluang pekerjaan dan kemajuan, orang ramai yang terlibat dalam kawasan tersebut juga akan sokong kerajaan. Tinggal la kami terkantoi-kantoi. Cuma bila terjadi satu-satu krisis..baru la orang suratkhabar cari kami tanya pendapat. Selalunya dah terlambat. 
 
Kalau nak diikutkan…aku pun malas nak tulis benda ni sebab aku dah buat tahun 2012 dulu. Tapi masa tu sapa pun tak peduli. Buat video masuk Youtube pun tak sampai 1000 views.
Jom kita buat kira-kira tentang keuntungan dan kerugian dari ‘pembangunan’ Tasik Bukit Merah.

Sebelum tahun 1998, Kerian tidak menghadapi masalah banjir dan kemarau ekstrim ini. Kalau banjir pun, disebabkan Sungai Kerian melimpah dan yang terkesan hanyalah petani yang bersawah disepanjang Sungai Kerian.
Penanaman padi berjalan dengan lancar dan petani mendapat pendapatan yang cukup.
Tapi cilakanya…petani yang hidup mewah ni pi sokong pembangkang!! Orang Melayu ni tak boleh bagi senang. Bila senang depa lawan kerajaan. Ha.ha.

Orang Melayu ni kena bagi susah. Bagi subsidi..bagi bantuan…baru depa kata kerajaan baguih. Krisis perlu dicipta di Kerian.

Bukit Merah Laketown Resort dilancarkan pada tahun 1995 dan mula beroperasi pada tahun 1997. Tahun 1998 dah mula terasa kesannya.

Tahun 2001, Universiti Sains Malaysia menganjurkan Wetland Simposium dengan memfokus kepada kepentingan Hutan Simpan Pondok Tanjung. Pelbagai cadangan dihantar kepada Kerajaan Negeri. Apa yang kerajaan negeri buat? Depa bukan nak bagi elok…tapi depa luluskan pula Projek Kambing Boer Nasional.

1400 hektar Hutan Simpan Pondok Tanjung dibotakkan untuk projek kambing.

Berapa kerajaan negeri dapat dari projek kambing Boer ini? Ini congak bodoh aku.
Hutan Pondok Tanjung penuh dengan balak. Paling minima aku katakan nilai balak ialah RM200,000 sehektar. Kerajaan negeri kutip premium RM750.00 sehektar. Darab dengan 1400 = RM1,050,000.

Ciput sangat yang kerajaan dapat. Selebihnya dapat kat sapa?

Penerima konsesi balak selalunya orang politik. Dapat sejuta, depa belanja 200,000 untuk buat masjid, buat surau, buat dewan. Orang kampong pun diam. Pada depa, orang politik tu cukup baguih dah.

Sapa yang lawan..depa anti pembangunan.

Projek kambing pulak dapat geran dari kerajaan sebanyak RM50 juta. Dengan duit sebanyak 50 juta, hangpa pi tengok ladang kambing. Berapa ekor ada kat sana?
ADUN-ADUN tolong tanya tengok berapakah sumbangan Ladang kambing kepada kerajaan negeri. Aku bet…yilek.

Bukit Merah Laketown Resort adalah projek mega yang bernilai RM1 billion. 1670 ekar diberikan kepada MK Land berserta 100 ekar kawasan tasik dan berapa depa bayar kat Kerajaan Negeri…aku tak tau. Yang ni ADUN tolong check.

MK Land perlu membangunkan keseluruhan projek dalam masa 20 tahun. Dan mengikut anggaran, projek ini boleh menjana pendapatan kepada kerajaan negeri sebnayak RM6 juta setahun. Tapi, selepas 15 tahun sejak ia dilancarkan, hanya 20% kawasan yang dibangunkan dan MK Land berhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM6 juta. (2010) ADUN tolong check berapa pendapatan kerajaan negeri dari BMLR ini.

Bagi aku, Projek BMLR gagal. Tapi nak buat macam mana? Kalau bisnis kita gagal kita kena tindakan mahkamah. Kalau kita tak mampu bayar hutang PTPTN..kena blacklist. Tapi bila MK Land gagal..kerajaan negeri akan bantu lagi.

Dua projek besar ni kerajaan negeri dan rakyat dapat apa?

Kita tengok pulak kerugian sejak 1998.

Bila Pondok Tanjung musnah, semua lumpur dan angkutan sungai mengalir ke Tasik Bukit Merah. Yang aku dapat korek, sejumlah RM63 juta diperuntukkan kepada JPS untuk mengorek tasik yang semakin cetek disebabkan lumpur.

Bila Tasik Bukit Merah tidak dapat menampung air semasa musim hujan, kawasan Kerian akan dilanda banjir. Tahun 2008 banjir besar dan penyelesaiannya ialah dengan membina tebatan banjir. RM490 juta diperuntukkan untuk projek tebatan banjir. Duit dari Ladang kambing dan BMLR ka?

Bila banjir atau kemarau, macam-macam bantuan diumumkan. Duit ADUN atau EXCO ka?
Bila banjir atau kemarau, pesawah sudah pasti akan mengalami kerugian. Tapi nak senangkan hati pesawah bukan susah..bagi RM500 sorang pun depa dah bersyukur. Kalau ada 3000 pesawah…baru RM1.5 juta.

Duit balak dengan duit projek tebatan banjir pun tak habis.

Apa penyelesaian kemarau kali ini? Bina terowong dari Sungai Perak. Peergghhh..juta-juta lagi. Duit sapa?

Bila aku cakap benda ni, depa balas balik..”Eleh..duit kerajaan..bukan duit hang!!”
Bila berlaku krisis kemarau ni, semua menteri dan Exco turun. YB yang tak pernah turun pun ada. Macam- macam bantuan dan penyelesaian diumumkan.

ADUN pembangkang hanya boleh minta hentikan pencerobohan dan ada ADUN yang menyalahkan maksiat yang berleluasa sebagai punca bencana.

Kalau PRU 14 dibuat tahun ini atau tahun depan, aku berani gerenti depa bungkuih.





 


Penafian ; Segala bentuk penulisan tidak boleh dicopypaste tanpa menyatakan sumber asal/diedit semula/dimanipulasikan atas tujuan tertentu.


Tujuan paparan semula di blog adalah untuk tujuan perbincangan, perbahasan dan siasatan. Harap maklum.



Sumber.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...