Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Mei 2016

Selepas Kalah, Penyokong Pembangkang Maki Pengundi Sarawak Kaw-Kaw.

Kalah menang adat pilihanraya. Bila undi pembangkang mereka seru raikan pilihan atas sebab negara ini demokrasi tetapi apabila pengundi memilih Barisan Nasional pengundi teruk kena maki. Itu jenis orang yang berprinsip raikan demokrasi ke?

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

KAH KAH KAH

Mereka kata ;


Dan berkata ;


Dan terus berkata-kata ;




Untuk rekod, aku tak screenshot semua gambar2 di atas. Ia discreenshot oleh geng2 BN dan mereka sedang sebarkan dengan giat di laman-laman sosial, blog dan sebagainya. Punyalah bodoh dan taksub puak2 pembangkang neh berbanding menyalahkan kelemahan parti sendiri terlebih dahulu mereka cenderung salahkan pengundi yang berhak memilih.

Mari fikir ke dalam sikit.

Jika pengundi suka bayar GST, ia adalah duit pengundi dan bukannya duit korang.

Jika pengundi tidak mahu kepada pembangunan, ia adalah diri pengundi yang hidup di tempat sebegitu, bukannya korang.

Dah tu tak perlu la emosi tak tentu pasal semata-mata DAP kalah teruk di PRN Sarawak.

Tambahan pula macam la pembangkang nak batalkan GST andai perintah pusat. Manifesto sendiri pun kelaut. Lebih banyak bergaduh sesama sendiri je sejak Kajang Movie. Elok2 dah dekat sampai Putrajaya boleh pula terbabas melencong ke jalan lain pergi ke Kajang. Sekarang siapa yang rugi dan bodoh lagi membodohkan? Lue la geng2 pembangkang. Yang hilang kuasa, kedudukan dan pangkat wakil2 rakyat lue orang yang hilang gaji elaun semua. Tapi lue semua bising macam lue pun sama2 hilang elaun gak. Lawak sial.

Buat post-mortem, kaji kenapa DAP kalah teruk dan perbaiki prestasi. Kenapa aku kata DAP kalah teruk padahal AMANAH, PAS dan PKR pun tak menang bergaya juga? Ini kerana sememangnya DAP yang kalah paling teruk di Sarawak bukannya PKR dan PAS. Amanah pula aku percaya terkesan dengan sentimen yang meluat ke DAP. Bukan sebab AMANAH tu parti baru. AMANAH parti baru wujud tetapi orang2 dalam AMANAH ialah orang2 yang dah lama berpolitik. So hujah yang mengatakan AMANAH tu parti baru antara sebab kenapa mereka ditolak bagi aku invalid. Pada aku di PRN Sarawak, pengundi lebih suka memangkah calon yang dikenali berbanding calon merapu2 tak tentu hala entah datangnya dari mana.

Isu2 nasional juga tak berkesan di Sarawak. Sebaliknya mereka lebih suka focus kepada isu yang membelenggu dan menyusahkan diri mereka secara direct. Contohnya isu kenapa barang2 di Sarawak lebih mahal berbanding Semenanjung, macam mana nak cut cost bagi membolehkan harga2 barang di Semenanjung dan Sarawak tidak jauh berbeza. Tambahan pula Orang2 Asal di Sarawak mereka bukannya mencintai pembangunan dan kemajuan macam engkorang semua. Dorang lagi suka pada hutan2 yang menghijau. Bukit-bukit yang menggunung. Tak dikacau tak dirosak tak dijajah dengan batu-batuan tinggi melanggit. Jika kau rasa kau boleh beli Sarawakian dengan kemewahan, kemajuan dan pembangunan kau dah silap besar. Bagi mereka duduk dalam suasana yang redup dengan keindahan alam semulajadi itulah kemewahan dan kenikmatan hidup. Jika cara hidup mereka tak diganggu itu satu lagi bonus. Jika membawa pendidikan ke dalam kawasan mereka, itu maksudnya kau respect cara mereka hidup. Kau sanggup bina sekolah di kawasan mereka dan menerima cara mereka menjalani kehidupan. Yang perlu dipersoalkan ialah menyelenggara sekolah2 yang uzur dan seperti dibiarkan. Bukannya sembang bab GST dan 1MDB. Itu mungkin masyarakat bandar Sarawak akan persoalkan tetapi bukan bagi mereka2 yang tinggal di pendalaman. Cuba tengok Najib. Turunkan caj pengangkutan feri dari rm15 per perjalanan kepada rm1 per perjalanan. Tak sasau kau dibuatnya. Cari isu2 setempat dan capture pengundi dengan masalah2 yang buat mereka terjejas. Cara mereka di Sarawak dan kita di Semenanjung sangat berbeza. Tambahan pula jika mereka mengharap pada imbuhan sebelum mengundi, itu kau kena terima la. Dah kau gagal nak raih kepercayaan dorang maka itulah yang kau kena hadap. Kalau dah dorang mempercayai kau takde la dorang mengesot minta imbuhan. Tak sama macam kita. Imbuhan pada dorang ialah upah. Yang kau fikir rasuah itu ialah pada sudut kau.

Kegagalan pemimpin pembangkang memasuki Sarawak untuk berkempen punca mereka kalah teruk ialah satu pembohongan yang jelas lagi nyata. Ini sindrome denial namanya. Pengundi2 Sarawak lebih suka calon yang dikenali dan lebih suka calon2 yang dikenali ini berkempen dari dengar ceramah huru hara pimpinan2 pembangkang dari Semenanjung. Jangan ingat bila pemimpin2 korang jadi idola kat Semenanjung (idola la sangat) bermaksud pengundi2 Sarawak mengidolakan pemimpin2 korang juga. Silap2 ada yang tak kenal sapa itu Rafizi dan siapa itu Tony Pua. Berbalik kepada asas. Cari isu tempatan, guna calon tempatan, bahas dan rungkai permasalahan. Dan jangan lupa master point. Taib Mahmud bukan KM lagi sebaliknya Adenan Satim yang jadi KM. Bagi mereka Adenam Satim bukan ada apa2 dosa lagi walaupun hakikatnya asal dari BN semua saja ada corruptnya.

Aku suka point Arul PSM ;

 
Sebelum pembangkang pergi lebih jauh eloklah mereka dijatuhkan. Ya, inila pendapat aku. Oleh kerana mereka semakin angkuh, eloklah mereka diberikan pengajaran. Jika tidak kita akan melihat satu lagi parti versi BN lahir kat negara ini. Jangan salah faham. Tujuan pengundi Sarawak very positif. Nak mendidik pembangkang agar jangan angkuh, sombong dan berlagak tak tentu pasal. Baiki kelemahan diri kau dulu. Jangan banding dengan BN. Bukan kau ke kata BN bakal nak mampos dah. Tapi tak sempat BN mampos, kau mampos dulu bila kau sendiri pun mula mengikut jejak langkah BN dalam mentadbir negeri. Jangan cakap sesuatu yang lain dari manifesto tetapi buat yang lain bila mentadbir negeri. Jangan sembang kencang kata konon lawan GST tetapi mai parlimen pun ikut suka ahti. Jangan kecoh bab BN punya korupsi kalau parti sendiri punya corruption kau ikat tepi. Baik kau baik BN sama sahaja. At least BN dah terlalu matang untuk uruskan situasi. Kau semua masih mentah lagi. Belajar dulu bab asas. Bersatu dan berpakat seperti nama parti sendiri. 

Dan berikut ialah satu isu lagi ;



Aku tak boleh google gambar kedua sebab bukan direct source, versi edit so takley nak siasat. Tapi gambar pertama yang aku jumpa ialah tiada result yang sahih.

Rujuk sini

Ikut website Tineye pula, rujuk sini. Juga tiada maklumat yang sahih. Betul ke gambar edaran page pro Mukhriz tu fitnah soalnya? Adalah lebih baik geng2 BN bagi link sebagai reference memandangkan selepas aku spot check via Google Images dan TinEye aku tak jumpa sebarang kaitan dengan info yang disebarkan. Macam pelik. Aku harap ini bukan isu apa yang disebarkan sebagai kebenaran dibalikkan sebagai fitnah bagi melakukan tipu daya demi mempengaruhi persepsi umum. Dalam politik segalanya mungkin. Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...