DAP dan PKR kalah kepada BN di kesemua enam kawasan yang menyaksikan pertindihan kerusi.Kerusi-kerusi itu adalah Batu Kintang, Ngemah, Mambong, Marudi, Murum and Mulu.
PAS dan serpihannya AMANAH dilaporkan kalah di semua kerusi ditandingi di Sarawak. PAS bertanding di 11 kerusi manakala AMANAH pula 13.BN berjaya merampas kembali Meradong dan Repok dalam kawasan Sarikei daripada DAP.DAP kemungkinan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi kepada BN - Dudong, Meradong, Piasau dan Batu Kawa.Di Dudong, DAP bergelut untuk bersaing dengan hanya 7381 undi berbanding 8839 undi yang diraih oleh calon BN. Star berjaya mendapatkan 152 undi manakala dua calon Bebas pula membolot 3,516 undi.Di Piasau, calon DAP Alan Ling mendapat 5,605 undi dan sedang mengejar calon BN, Sebatian Ting yang mendahului dengan 7243 undi.Keadaan suram juga dilaporkan di Repok, di mana BN sedang mendahului dengan 7,446 undi berbanding 6508 undi yang diperolehi oleh DAP. Calon bebas mendapat 381 undi.Begitu juga, di Batu Kawah, BN sedang mendahului dengan 5,177 undi berbanding 3,639 undi oleh calon DAP. Calon Bebas mendapat 920 undi.Pembangkang juga mungkin kehilangan Batu Kitang susulan pertembungan antara DAP dan PKR.
Inilah cerdiknya pembangkang. Terlalu cerdik sampai tak terdaya kita nak mengajar mereka.
Dan paling cerdiknya tu ;
KAH KAH KAH