Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mei 2016

PAS, Sudah-Sudahlah Rosakkan Alam Ciptaan Tuhan.


Gua Batu Kapur Chiku 7, Surat Terbuka kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya dahulukan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan diatas kejayaan kerajaan Negeri bersama dengan pelabur untuk membina sebuah Sebuah kilang simen terbesar membabitkan pelaburan RM1.38 billion usahasama Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan Syarikat ASN Cement Sdn Bhd bakal dibuka di Chiku tahun hadapan.

Saya tidak untuk berniat untuk menjadi penghalang cita-cita murni Kerajaan Negeri Kelantan untuk memiliki sebuah Kilang Simen terbesar di Malaysia tetapi saya mempunyai beberapa persoalan dalam cadangan pembinaan kuari dan kilang simen ini.

1) Sanggupkah Kerajaan Negeri Kelantan meletupkan Gua Batu Kapur Chiku 7 yang berusia hampir 200 juta tahun?

2) Bagaimana dengan nasib gua-gua lain seperti Gua Tok Guru, Gua Cinta dan Gua Paya yang merupakan warisan alam ciptaan Allah SWT dan khazanah berharga buat warga Gua Musang.

3) Bagaimana dengan nasib rakyat yang tinggal berdekatan dengan tempat projek tersebut dan terdapat kampung dan kawasan penempatan Felda yang berada di sekitar gua tersebut.

4) Bagaimana nasib khazanah alam dan flora yang tidak ternilai itu apabila projek kilang simen itu dilaksanakan.

Menurut sumber, bermula hari ini, projek pembinaan kilang simen itu akan dilaksakan dalam masa 60 hari bermula hari ini. Projek ini akan siap menjelang tahun 2017. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood menyatakan projek ini mampu member peluang pekerjaan sehingga mencecah angka 2000 penduduk setempat dan sekaligus memberi pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Jika dilhat kepada pertumbuhan ekonomi, memanglah projek ini sangat baik untuk negeri Kelantan namun bagaimana dengan kesan daripada projek ini. Sebagai contoh

1) Bagaimana dengan nasib rakyat yang berkerja sebagai petani? Apa akan terjadi terhadap tanaman-tanaman seperti tanaman sawit, getah, buah-buahan dan pelbagai lagi tanaman lain. Adakah debu kilang ini tidak merbahaya terhadap tanaman-tanaman tersebut?

2) Bagaimana dengan masalah pencermaran bunyi dan pencemaran udara. Adakah pihak Kerajaan Negeri ada cara untuk mengatasi masalah ini?

3) Bagaimana dengan maslaah kesihatan penduduk tempat. Adalah menjadi kebiasaan apabila sebuah kilang simen dibangunkan, akan ada aduan dari rakyat tempatan mengadu masalah kesihatan seperti batuk, deman, masalah kulit dan pelbagai lagi. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengatasi masalah ini?

4) Bagaimana dengan sumber air bersih sekiranya kilang ini dibangunkan? Adakah ianya tidak memberi kesan kepada kefungsian gua untuk menjadi kawasan tadahan air?

5) Pokok-pokok yang berada diatas gua itu memerangkap air dan mengelakkan hujan turun dengan lebat dan boleh menyebabkan berlakunya banjir seperti tahun lepas. Adakah projek ini akan mengekalkan pokok-pokok diatas gua tersebut?

6) Bagaimana nasib generasi akan datang sekiranya artifak-artifak berkualiti dan berharga yang tersimpan ini dimusnahkan dan digantikan dengan kilang simen?

7) Bagaimana dengan pemandangan, suasana tenang dan damai hari ini sekiranya kilang simen ini akan beroperasi 24 jam sehari dan mengeluarkan debu dan bunyi bising. Suasana balik kampong seperti mimpi ngeri apabila masuk sahaja ke Gua Musang.

8) Bagaimana dengan industri pelancongan seperti di Kuala Koh, Gunung Stong, Gua Ikan dan banyak lagi tempat menarik di Gua Musang mungkin terjejas teruk sekiranya Kilang Simen ini dibangunkan?

Saya juga mendapat maklumat, penduduk setempat masih tidak bersetuju dengan cadangan ini dan taklimat yang diberikan oleh Majlis Daerah Gua Musang tidak dilakukan di Gua Musang tetapi diadakan di Kuala Lumpur bersama dengan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU)

Saya berharap pihak Negeri dapat mengkaji balik projek ini. Benar projek ini mampu memberi pertumbuhan ekonomi, namun saya berasakan rakyat dan Negeri Kelantan lebih rugi sekiranya kehilangan khazanah yang tidak ternilai harganya ini.

Alam Sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan untuk menjaganya. Sekiranya gajah memijak tanaman kerana mencari makanan, maka apa beza dengan kita, sekiranya meletupkan sewenang-wenangnya sebuah bukit hanya kerana harta.

Mungkin ada maklumat yang silap saya lampir, namun saya dalam perancangan dengan pihak Jawatankuasa Bertindak Felda Gugusan Chiku merancang untuk bertemu dengan pihak Kerajaan Negeri pada satu tarikh yang ditetapkan. Satu “ Memorandum Bantahan Pembinaan Kilang Simen Bersepadu di Felda Gugusan Chiku” akan dihantar dan kami sendiri ingin mendengar penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai projek ini. Saya juga akan membuat satu sesi lawatan ke Gua Batu Kapur Chiku 7 untuk melihat sendiri dan akan mengajak para pencinta alam bersama dalam misi ini.

Saya menyeru pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif mengawal dan memulihara Gua Batu Kapur Felda Chiku 7, Gua Musang. Memanfaatkan gua tersebut bagi memperolehi manfaat dari segi nilai-nilai warisan semula jadi yang terdapat di sini daripada memusnahkan alam sekitar. Menjadikan gua tersebut sebagai makmal semula jadi yang unik untuk dilawati.

Jeming Hassan
25 April 2015
Presiden Angkatan Prihatin Kelantan

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...