Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Mac 2018

Soalan Tentang 1MDB, DOJ, Siapa Bayar Hutang Semua Ditolak Parlimen.

SOALAN Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Khairuddin Aman Razali atau lebih dikenali sebagai Ustaz Khairuddin At-Takiri mengenai hutang 1MDB ditolak Parlimen hari ini.

Surat jawapan dari Parlimen didedahkan oleh Ahli Parlimen itu di Facebooknya siang tadi.

"SOALAN SAYA di Dewan Rakyat tentang hutang 1MDB ditolak. Soalan saya : Minta Menteri Kewangan menyatakan hutang-hutang 1MDB dan apakah status penjelasan hutang-hutang tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu Ahli Parlimen Shah Alam yang bertanyakan tentang DOJ juga ditolak oleh Parlimen kata Hanipa Maidin yang juga Ahli Parlimen Sepang pada semalam.



Ahli Parlimen Sepang yang bertanyakan siapakah yang membayar hutang 1MDB juga ditolak Parlimen. Semalam, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang bertanyakan soalan kenapakah Laporan Audit 1MDB dimasukkan ke dalam akta OSA juga ditolak.



 Meskipun tidak mempunyai maklumat yang jelas, dipercayai hampir kesemua soalan mengenai hutang 1MDB, cara dan kaedah pembayaran hutang, siapa yang membayarnya, beberapa persoalan berkaitan penyelewengan dana 1MDB dan juga mengapakah laporan audit 1MDB dirahsiakan telah ditolak oleh Parlimen. - 7 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...