Isnin, 5 Mac 2018

Anwar Masuk Hospital, Kini Stabil.

KENYATAAN MEDIA

DS Anwar Masuk CCU HKL, Stabil

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur pada 1 pagi, 5 Mac, setelah didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.




Suntikan steroid tersebut telah diberi Sabtu lalu setelah DS Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahaan beberapa bulan lalu.

Kadar denyutan janting beliau rendah dan membimbangkan. Walau bagaimanapun, KEADILAN difahamkan keadaan beliau kini stabil.

Maklumat tahap kesihatan DS Anwar terkini akan disampaikan dari semasa ke semasa.

KEADILAN dan keluarga DS Anwar memohon semua untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan buat beliau.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

5 Mac 2018

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...