Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Mac 2018

Media Lapor Dyana, Zairil Bertunang Esok Di Ipoh.

Portal Utusan Online dan Sinar Harian hari ini melaporkan berita pertunangan di antara Ahli Parlimen Bukit Bendera dan bekas calon Ahli Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea.

"Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari difahamkan akan melangsungkan pertunangan dengan bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd. Daud di Ipoh pagi esok", tulis portal Utusan


Utusan turut memaklumkan majlis akan dilangsungkan secara tertutup di sebuah hotel dan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat. 

"Majlis pertunangan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP negeri dan Dyana Sofya itu didakwa akan berlangsung di sebuah hotel dengan dihadiri ahli keluarga terdekat. Sumber memberitahu, pasangan itu bercadang untuk melangsungkan pernikahan pada Jun ini iaitu selepas Ramadan," tulis portal itu lagi.

Manakala menurut Sinar Harian, cubaan menghubungi Dyana dan ibunya gagal apabila kedua-dua pihak mematikan panggilan dari wakil media itu.

"Sinar Harian cuba menghubungi Dyana sekitar jam 1.50 petang tetapi nombor yang dihubungi dijawab oleh seorang lelaki. 

Lelaki itu memaklumkan Dyana tidak boleh bercakap dengan sesiapa ketika ini sebelum mematikan panggilan tersebut.

Panggilan turut dibuat kepada ibu Dyana, Yammy Samad namun panggilan dimatikan sebaik diangkat," lapor media itu petang tadi.

Selain Dyana, Zairil juga mengelak dari pemberita ketika dihubungi untuk mengesahkan desas-desus majlis pertunangannya dengan Dyana Sofya esok.

Turut dilaporkan Zairil dikatakan telah bercerai dengan isteri keduanya, Nor Dahlia pada Oktober lepas.

Untuk rekod, hubungan Zairil dan Dyana mula menjadi perhatian umum apabila beberapa gambar intim termasuklah aksi bercium tersebar di Facebook pada tahun 2014.


Menurut keterangan beberapa netizens ketika itu, sebaran tersebut dikesan bermula dari akaun facebook Zairil namun kedua-duanya menafikan hal tersebut dan beranggapan ia adalah politik kotor yang dibawa oleh pihak lawan bagi menyerang peribadi kedua-duanya ahli politik DAP itu. - 9 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...