Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Mac 2018

Pemimpin Amanah, PAS Bersetuju Bidas Kenyataan Husam Haram Undi PAS.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa dilaporkan mengeluarkan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


"Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan.

"Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,"
katanya seperti laporan Malaysiakini pada semalam.


Husam turut berkata bukan sahaja haram mengundi PAS malahan berpahala jika mengundi HARAPAN.
 

"Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS.

"PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.

"Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi HARAPAN. Ambo nak duduk situ.

"Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum,"
katanya.
 


Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor Jamzuri Ardani mengakui tidak bersetuju dengan pandangan Husam itu di Facebooknya.

"Aku menolak sekeras-kerasnya kenyataan YB Husam yang mengatakan undi PAS haram dan undi PH dapat pahala.

Bagi aku itu semua adalah urusan Allah SWT dan kita serahkan kepadaNya, Tuhan Yang Maha Adil.

Aku juga telah menghantar bantahan terhadap kenyataan ini kepada pimpinan Amanah Nasional.
Kenyataan ini bagi aku tidak menggambarkan fikrah perjuangan parti Amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Nik Abduh juga membidas kenyataan Husam itu dengan membuat sindiran terhadap Husam Musa.


"Berpuluh tahun dia berjuang dalam PAS dan berpuluh tahun itu jugalah dia penuh yakin dengan ganjaran pahala berjuang bersama PAS. Bila dia keluar PAS, dia kata berdosa pangkah PAS.

Dia ingat pahala ni ikut dia mana saja dia pergi. Kesian la kat orang lain etek,"
katanya.


Untuk rekod, di Malaysia bukan perkara baru apabila pemimpin parti politik seringkali menggunakan dalil tertentu bagi mengharamkan mengundi sesetengah parti setiap kali menjelangnya pilihanraya umum.

PAS antara parti yang dikenali dengan rekod suka mengharamkan sesiapa sahaja yang tidak bersama mereka. Selain PAS, pemimpin BN juga suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan PAS parti ajaran sesat. 

Semakin bahangnya musim pilihanraya, semakin kerap yang akan menggunakan hujah haram, sesat bagi memanipulasikan pemikiran pengundi agar tidak memangkah musuh politik masing-masing. - 5 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...