Tetapi betul ke ianya begitu sukar untuk menjejaki pemilik sebenar Equanimity? Jika Jho Low hanyalah proksi, maka siapakah pemilik sebenar yang tersembunyi dibelakang tabir selama ini?
Apa yang kita tahu tentang Equanimity?
Berdasarkan semakan online, penulis berjaya menemukan beberapa fakta. Antaranya;
1. Pada tahun 2014, portal superyatch.com telah menemuramah Dr. Mohammed Al Barwani, pemilik dan Pengarah Urusan syarikat perkapalan Oceanco yang bertanggungjawab membina Equanimity.
2. Pelabuhan Hercules telah menjadi lokasi memaparkan kapal layar itu yang dipercayai baru sahaja disiapkan untuk diserahkan kepada pemiliknya dalam acara Monaco Yacth Show.
3. Sepanjang 91 meter, Equanimity menjadi daya tarikan pengunjung kerana reka bentuknya, kemewahan, reka hiasan dalaman serta menggunakan teknologi enjin perkapalan terkini. Turut dilaporkan kapal mewah itu menjadi yang pertamanya dibina menggunakan PYC standard.
4. Spesifikasi Equanimity;
Gambar - yachtcharterfleet.com |
5. Equanimity memulakan proses pembinaan pada tahun 2013 dan Andrew Winch bertanggungjawab dalam hiasan dalaman kapal mewah itu. Manakala Azure Naval Architecture bertanggungjawab dalam naval architecture (seni bina berkaitan perkapalan).
6. Antara kemudahan yang terdapat dalam Equanimity ialah;
⇒ Jakuzi
⇒ Sauna
⇒ Landasan helikopter
⇒ Kolam renang
⇒ Bilik kecantikan yang mengandungi ruang spa dan salon bagi menjaga kecantikan wajah, badan dan rambut
⇒ Gim
⇒ Pawagam
⇒ Lif
⇒ Bilik belajar
⇒ Bilik mandi bergaya Turkish dengan tub panas.
Turut dilaporkan hiasan dalaman kapal tersebut bertemakan kayu, buluh dan ada saduran emas di bahagian tertentu atas kapal.
Nampaknya Jho Low suka menjaga kesihatan dan kecantikan wajah dan rambut. Ia ada spa, salon, sauna dan gim.
Antara gambar Equanimity seperti dipaparkan di portal YacthCharterFleet;
7. Dengan 9 kabin, kapal mewah itu dikatakan boleh memuatkan sehingga 26 tetamu dan 28 cabin staf dalam satu-satu masa.
8. 9 kabin terdiri daripada bilik master grand, 4 VIP suite, 4 kabin berkembar.
9. Berdasarkan carian, kebanyakan kapal mewah yang dibina bertujuan pelaburan untuk kegunaan penyewaan dalam private event, aktiviti perkapalan, percutian dan sebagainya namun Equanimity tidak melibatkan diri dengan perniagaan seperti itu.
10. Untuk kapal sepanjang 81 meter, harga sewaan boleh mencecah sehingga USD 700,000 seminggu.
11. Bagaimanapun Equanimity tidak pernah dibuka untuk kegunaan luar selain dari pemiliknya.
12. Pada tahun 2016 - 2017 ketika isu DOJ memuncak, Equanimity dilaporkan berada di Thailand untuk sepanjang tahun-tahun tersebut.
13. Ketika inilah, Tan Sri Rafidah Aziz mengakui pernah menemukan Equanimity ketika sedang bercuti dan terlibat dengan aktiviti sukan air, iaitu menyelam.
"Sebenarnya, ketika dalam diving trip pada tahun lepas di Thailand, kami dengan mudahnya dapat mengesan lokasi dan kedudukan kapal Equanimity secara tepat dengan menggunakan sistem AIS (pengesan) yang terdapat dalam bot kami.
Dan selepas itu saya dengan sendirinya telah mengambil beberapa gambar kapal itu secara dekat malahan video juga termasuklah bot kecil milik Equanimity yang turut kelihatan ketika itu. Masa itu ia di Marina, Phuket, Thailand.
Kami juga diberitahu bahawanya sekali sekala tetamu dan pemilik akan keluar pada waktu malam dalam keadaan bertutup (tidak dapat dilihat wajah).
Pada malam itu kami juga diberitahu bahawanya pemilik kapal itu sedang menyambut Valentine di bandar Phuket dengan rombongan tetamunya," jelas Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan di Facebook.
14. Equanimity tidak mempunyai harga rasmi yang boleh dirujuk secara tepat tetapi ia dianggarkan bernilai USD 250 juta.
15. Pendedahan oleh Tan Sri Rafidah Aziz itu juga menyatakan Equanimity dimiliki oleh Taek Jho Low berdasarkan website : https://www.superyachtfan.com/motor_yacht_equanimity.html
Bagaimanapun berdasarkan semakan penulis, hampir kesemua maklumat dalam website itu adalah berdasarkan andaian dan spekulasi dan perkara itu sendiri diakui oleh pemilik website dalam ruangan disclaimer.
16. Menjejaki rekod pelayaran Equanimity, kapal itu bergegas (melarikan diri) ke Thailand selepas US memulakan langkah menyita aset berkaitan penyelewengan dana 1MDB pada tahun 2016. Kemudiannya pada November tahun lalu dilaporkan ia mula ke Indonesia dan menutup sistem AIS (penjejak) pada 1 Januari 2018 yang membuatkan kapal itu mula menjadi sasaran untuk disita kerana tidak membenarkan ia dikesan oleh penguatkuasa negara itu. Media Indonesia mengesahkan agensi berkuasa negara itu turut bekerjasama dengan DOj/FBi bagi melakukan sitaan ke atas kapal mewah itu.
17. Tahun lepas ketika bercakap dengan Financial Times, Jho Low dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengenai kapal itu.
"DOj dalam tindakan terbarunya yang mahu meneruskan langkah menyita aset hanya meneruskan tindakan salahnya kerana sehingga kini tiada bukti dalam dakwaan yang dikaitkan," katanya kepada media itu.
Kenyataan balas oleh Jho Low itu kemudiannya dianggap suara rasmi kepada pemilik kapal mewah Equaminity.
18. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak pula menafikan Equaminity dimiliki oleh Jho Low. Menurut Salleh Keruak, tiada keterangan dalam rekod saman DOJ ke atas sitaan aset berkaitan 1MDB yang memberikan bukti bahawanya Equaminity dimiliki oleh Jho Low. Penulis tidak pasti kenapa Ahli Parlimen Kinabatangan dan Menteri seperti Salleh Keruak perlu tampil mengeluarkan kenyataan penafian kerana pada hemat penulis, jika ianya perlu dinafikan sudah tentulah Jho Low yang perlu menjawabnya dan menafikannya sendiri.
19. Pemilikan kapal layar secara individu sememangnya agak misteri dan maklumat itu agak jarang didedahkan kepada umum malahan Equanimity pernah dilaporkan oleh beberapa website perkapalan bahawanya ia didaftarkan di Kepulauan Cayman.
20. Apakah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pernah menaiki kapal mewah tersebut pada tahun 2015?
Perbandingan dilakukan dengan gambar-gambar Najib menaiki kapal mewah sewaan Putera Turki dengan gambar yang diperolehi dari portal yachtcharterfleet. Nampaknya ada beberapa persamaan. Mungkin pihak berkuasa tempatan boleh mulakan dari sini. Mula bertanya kepada Najib Razak dan keluarga. Pernah ke naik kapal tersebut? Jika pernah, siapa yang punya, siapa yang jemput, pasti boleh dijawab bukan?
Sumber;
http://www.superyachts.com/news/oceanco-unveil-equanimity-to-the-world-at-2014-mys-3446.htm
https://www.yachtcharterfleet.com/luxury-charter-yacht-35195/equanimity.htm
https://www.marinetraffic.com/en/ais/details/ships/shipid:384977/mmsi:319059800/imo:1012086/vessel:EQUANIMITY
https://www.boatinternational.com/yachts/the-superyacht-directory/equanimity--57683
https://www.facebook.com/Tansrirafidah/posts/2027840930806697?pnref=story
https://www.superyachtfan.com/motor_yacht_equanimity.html