Khamis, 8 Mac 2018

2 Berita Palsu Yang Penyokong Pembangkang Perlu Henti Sebar.

Dalam tiga hari kebelakangan ini nampaknya penyokong pembangkang telah terperangkap dengan permainan menyebarkan gambar, berita berbaur fitnah dan provokasi.

Rata-rata dilihat tidak mahu menyebarkan fitnah tetapi terjebak kerana ramai yang menyebarkan perkara yang sama.

Perkara ini sudah tentulah akan mendatangkan kesan andaikata secara tiba-tiba akaun Facebook dan nombor telefon WhatsApp kita dilaporkan kepada pihak polis dan SKMM. 

Berita pertama mengenai wang berbillion yang ditemui oleh pihak berkuasa Indonesia ketika menyita kapal mewah Equanimity pada 28 Februari lepas.

Perkara itu ditularkan secara berleluasa sehingga media Indonesia melaporkan ia adalah berita fitnah. Agensi media Indonesia juga melaporkan berita fitnah itu bermula dari facebook warga Malaysia.


"Informasi palsu datangnya dari FB Miyoyo. Tulisnya pihak berkuasa menjumpai wang sebanyak 1 billion di atas kapal Jho Low. Pencarian bukti di atas kapal tidak menemukan apa-apa wang tunai malahan disaksikan oleh pihak ketiga," lapor Jawapos.com semalam.


Kelalaian menyebarkan maklumat palsu itu telah dijadikan modal oleh penyokong kerajaan bagi mengkritik penyebaran 'fake news' oleh penyokong pembangkang.

Dalam perkembangan berkaitan, penyokong pembangkang juga menyebarkan gambar yang mendakwa Sultan Selangor mengajak untuk menolak PH dan BN.


Perkara membabitkan monarki selalunya berbahaya dan cenderung ke arah laporan polis dan siasatan. Jadi hentikan sebelum terlewat.

TIPS Elak sebar berita palsu.

1. Perhatikan individu yang menyebarkan berita berkenaan. Adakah menggunakan akaun fake? Sudah berjumpa kah? Pernah kenal kah? Ada wajahnya dan disahkan itu memang wajah dan identitinya kah?

2. Berapa kali dia terkantoi menyebarkan berita palsu?

3. Adakah dikalangan kawan kita yang ori seringkali mempromosikan, berkongsikan dan menyebarkan berita-berita palsu dari akaun fake?

4. Sekali dua mungkin kesilapan. Tiga empat kali mungkin kecuaian. Lima enam kali mungkin terlupa. Tetapi jika terlalu kerap ia bermakna akaun tersebut dengan sengaja menyebarkan berita palsu atas tujuan mempropaganda.

5. Ada beza sebaran berita palsu oleh cybertroopers BN dan PH. Cybertroopers BN hampir pasti tidak didakwa dan disiasat tetapi ini berbeza dengan penyokong PH yang selalunya berakhir dengan mengambil keterangan dan siasatan.

6. Jangan jadi penyumbang kepada maklumat palsu dan agent penyebar propaganda fitnah.

7. Sesiapa sahaja boleh mengakui sebagai penyokong parti tertentu dan menyebarkan apa-apa berita tetapi untuk mengesahkan ketulenan berita tersebut, anda perlu keluarkan usaha untuk menyemaknya sendiri. 

8. Dan dari sekarang, mula lah mencatit dalam otak, siapakah yang anda sering perhatikan suka menyebarkan maklumat palsu.

9. Boleh jadi ia adalah akaun sandiwara yang menyokong parti anda tetapi hakikatnya mereka hanya mempropaganda untuk memperdayakan kepercayaan anda.

10. Menjelang PRU lebih banyak maklumat palsu akan disebarkan oleh pelbagai pihak - dan kita jangan sesekali menjadi agen percuma mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...