Selasa, 6 Mac 2018

Jika Ada Bukti ‘Wang Halal’ Kenapa Tidak Tuntut Wang Di Australia, Soal Hanipa.

Oleh : Malaysian Dateline
 

Keengganan Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menuntut wang sejumlah RM971,800 yang dibekukan pihak berkuasa Australia disifatkan sebagai ‘pelik’ oleh Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, sepatutnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menuntut kembali wangnya jika benar ia dari sumber yang halal hasil jualan sebuah rumahnya di Shah Alam.




“Diandaikanlah benar dakwaan polis tersebut dana RM 971,800 kononnya dari ‘bukti’ wang penjualan rumahnya di Shah Alam dan diandaikanlah wang dalam akaun di Australia itu memang wang ‘halal’ dari ‘bukti halal’ itu, isunya kenapa pengarah CID itu tak mahu tuntut ‘wang halal’ yang begitu banyak itu di Australia dengan engage lawyer di sana dan kemukakan bukti itu di sana? Itulah kaedahnya tuan IGP,” ujarnya dalam tulisannya di facebook.

Beliau dipercayai mengulas mengenai laporan Sydney Morning Herald (SMH) pada Rabu, dipetik media negara ini yang melaporkan Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesyaki “kemasukan wang tunai mencurigakan” dalam akaun “Goal Saver” Bank Commonwealth milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 (RM972,000) dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Bagaimanapun Najmuddin dalam satu kenyataannya berkata, ia adalah kes lama yang dibongkar semula SMH dan ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berdasarkan cerita lama yang mana siasatan dalaman telah dilakukan dan tiada salah laku ditemui ketika siasat dilakukan dua tahun lalu.

Pada Jumaat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu kenyataan dipetik berkata, tujuan utama Najmuddin membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.

Jelas beliau, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

Menurut Hanipa lagi, apabila Najmuddin dalam kenyataan mengatakan dia ada ‘bukti’ wan itu dari sumber halal sebaliknya tidak menuntut semula wang itu sesuatu yang pelik.

“Bila anda kata ada ‘bukti’ wang itu bersumber dari sumber yang halal dan selepas itu tidak mahu pula reclaim wang yang dilucutkan itu, tak ke ianya suatu yang pelik sepelik orang yang membela kapal layar Equanimity bukan milik Jho Low tapi Jho Low pula kata tindakan rampas Equanimity itu keterlaluan. Kalau bukan milik Jho Low kenapakah Jho Low perlu bersuara?


Akhirnya tuan IGP sekadar tunjuk bukti tak cukup. Bukti itu “must be duly tested” di Australia melalui permohonan di Mahkamah di sana bagi tuntut semula wang RM 971,800 itu.

“Baru munasabah pembelaan anda itu tuan IGP. Lagi satu, jangan ingat kita sahaja ada bukti, polis Australia juga mungkin ada lagi banyak bukti,”
ujarnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...