Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Mac 2018

'Suara Nik Abduh Akui Terima Duit UMNO', Laporlah Polis, Samanlah Cabar MP Sepang.

Oleh : Hanipa Maidin / Peguam PAS Dulu.
 

Pembelaan yang susahkan lagi orang yang dibela!

1. Saya baru balik dari Parlimen. Hari ini Parlimen agak panas.

2. Saya baru sempat membaca media online tadi dan terpandang berita seorang MP parti suci dilaporkan berkata bahawa rakaman audio yang tersebar merata tempat itu- yang dedah ada pemimpin parti suci terima duit dari parti sarkas - bukan suara milik Yb dari Kelantan yang juga pemimpin pusat parti suci.



2. Dia kata ada ramai orang yang boleh meniru suara mamat dalam audio itu.

3. Dia juga dilaporkan kata dalam Islam, audio tidak menjadi inti yang kuat (untuk dijadikan bukti) sebab ia terdedah untuk ditipu, ditiru dan sebagainya.


Laporan Malaysiakini


4. Saya nak tanya sikit : adakah Yb yang bela Yb yang sorang lagi itu dia adalah seorang expert dalam mengecam suara orang lain dalam rakaman audio? Bukan apa, yang saya tahu beliau bukan pakar dalam bahagian itu. Mungkin saya silap kot. Maaflah.

5. Keduanya, bukankah jika kita nak tahu suara itu suara siapa, individu yang di"implicated" itu sewajarnya buat laporan polis (jika belum buat lah) bagi membolehkan polis siasat dan dapatkan saksi pakar untuk mengkaji "suara misteri" dalam audio itu. Itulah yang saya tahu prosedurnya. Jika sudah buat laporan polis, kita tunggulah hasil siasatan polis itu. Janganlah kita,orang putih kata, "jump the gun". 


6. Ataupun jika audio itu satu fitnah , samanlah pemfitnah itu di mahkamah. Setakat menafi rasanya tak cukup Yb. Bila disaman audio itu akan dimainkan dalam mahkamah. Penama yang dikaitkan dengan suara itu akan disoal balas oleh peguam. Saksi dia pun akan disoal balas juga. Oleh kerana MP yang bela ini nampaknya begitu pasti ia bukan suara MP itu , maka bolehlah penama itu sapina dia sebagai saksi pakar! Mesti lejen.

7. Kata Yb itu audio bukan inti (bukti) yang kuat dalam Islam. Saya setuju. Tapi taklah sampai tak boleh pakai langsung. Dalam Islam, audio ini jatuh dalam bab "al-bayyinah" ..ia tak lah sekuat "shahadah" atau "iqrar" tapi tak lah sampai Islam tolak terus. Lihatlah kitab "turuq al-hukumiyyah" karangan Imam Ibnu Al-Qayyim al -jauziyyah (teks kami masa belajar shariah dulu) atau kitab "Adab Al-Qadhi" karangan Dr. Karim Zaidan dalam bab "turuq al-ithbat" (modes of adducing evidence).

8 Saya dengar-dengar rakaman audio itu durasinya bukan setakat beberapa minit yang setakat ini didengar, katanya panjang lagi. Macam drama bersiri pulak, tak sabar nak tungu episod selanjutnya.

Allah lebih tahu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...