Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Mac 2018

Kita Sudah Puas Pujuk PAS Dan Orang PAS Tak Semestinya Undi PAS - Nurul Izzah.

“Kita sudah puas pujuk PAS”, itulah ungkapan yang dilafazkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada perwakilan Pakatan Harapan (PH) Perak dalam Taklimat Penerangan dan Komunikasi PH Perak di SSL Trader Hotel, Kamunting Perak sabtu lalu.



Beliau menjawab persoalan Perwakilan PKR yang mengajukan soalan bagaimana untuk berhadapan dengan rakyat untuk menerangkan perihal PAS tidak bersama dalam PH untuk PRU14 yang akan datang ini.

“Orang Pas tidak semestinya akan undi Pas pada PRU14 ini!

“Calon-calon kita, jentera kita buat baik kepada mereka. Beri penerangan kepada mereka, mereka akan undi PH pada PRU14 nanti,”
tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, memetik laporan Malaysian Dateline.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PH Perak, YB Chang Lih Kang, Setiausaha PH Perak, V Sivakumar, Datuk Seri Khairuddin Hasan dan YB Senator Aisyah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...