Selasa, 6 Mac 2018

Kenapa Rahsiakan Laporan Audit Tentang 1MDB Soal Fuziah, Alasannya Juga Rahsia Kata Parlimen!

KENAPA merahsiakan sesuatu perkara? Alasannya juga adalah rahsia! Lebih kurang begitulah jawapan yang diterima oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebentar tadi selepas soalannya mengenai Laporan Audit Negara tentang 1MDB ditolak Parlimen. 

Fuziah Salleh bertanyakan soalan, "meminta Perdana Menteri menyatakan mengapakah Laporan Audit Negara berhubung 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi (OSA) dan tidak mendedahkan kepada orang ramai sedangkan isu ini telah menjadi tumpuan rakyat," dalam surat itu.

Parlimen kemudiannya menjawab "sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan dengan apa-apa perkara rahsia," dalam kenyataan balas.


Dalam erti kata lain, kenapakah Laporan Audit Negara 1MDB menjadi rahsia, rakyat juga tidak dibenarkan tahu puncanya kerana alasan kepada perkara itu juga harus dirahsiakan. 😅😅😅.

Rahsia adalah rahsia, sindir netizens.


Fuziah Salleh yang berkongsikan perkara itu di akaun media sosialnya turut tertawa apabila membacakan jawapan balas oleh Parlimen.

"Soalan saya berkenaan 1MDB di TOLAK oleh SU Dewan atas alasan ianya Perkara Rahsia. 

Sedangkan satu dunia sudah bercakap dan mengutuk kes 1MDB ini. 

Saya tanya kenapa Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB di Rahsiakan. Jawapan - sebab alasan ia rahsia ialah juga Rahsia. 

Hahaha. 🤣🤣🤣
Huhuhu 😅😅😅 !!!!,"
katanya dalam satu kenyataan.  



Untuk rekod, isu 1MDB dianggap isu paling besar yang mencemarkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sejak tahun 2014. - 6 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...