Sabtu, 3 Mac 2018

"Solat Tapi Tak Undi PAS, Mesti Solat Tak Betul," Kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak Dikecam Netizens.

KETUA Penerangan PAS Perak, Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz menjadi sasaran serangan netizens apabila mengeluarkan kenyataan solat seseorang itu tidak betul kerana tidak mahu memangkah PAS dalam pilihanraya.

"Solat dibuat tapi tak mahu pangkah PAS. Mesti solat orang tu tak betul," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya sendiri.


Bagaimanapun Ustaz Wan kemudiannya dilihat memadamkan kenyataan itu selepas beberapa minit kerana dikecam oleh ramai pihak.

Ustaz Wan juga kemudiannya membuat kenyataan susulan dan menafikan ia adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya.


"Mohon maaf semua sahabat-sahabat FB saya. Akaun FB saya dihack/hijack semalam. Ada orang tak bertanggungjawab cuba godam FB saya untuk memburukkan imej PAS Perak. Ada posting-posting yang bukan dari saya.

Terima kasih atas doa dan sokongan sahabat-sahabat semua.

Ikhlas dari
Ustaz Wan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun seperti post tentang "solat tidak betul kerana tidak undi PAS', post mengenai permohonan maaf juga didapati tidak kelihatan lagi di dinding Facebook beliau. Tidak dapat dipastikan kenapa ianya tidak lagi terpapar kepada penglihatan umum.

Berdasarkan semakan post-post terdahulu, didapati Ustaz Wan gemar menulis berlatarkan warna hijau, seperti post yang didakwanya telah dihack. - 2 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...