Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Mac 2018

Korupsi Dikaitkan Mahathir : Maminco, PWTC, Konsesi Tol, Semuanya Berkaitan - The Third Force.

Portal The Third Force pada 24 Februari lepas menulis tentang beberapa skandal yang kononnya ada kaitan dengan pentadbiran Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. 

Berikut adalah laporan tersebut;

Oleh : The Third Force

Pada bulan Jun 1981, bekas Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah telah secara senyap-senyap membantu penubuhan syarikat RM2 dengan tujuan “untuk membeli kontrak niaga stok komoditi dan timah”. Syarikat itu dikenali sebagai Maminco Sdn Bhd dan merupakan “alat” untuk aliran keluar hampir satu bilion ringgit ke dalam beberapa akaun di luar negara yang berpangkalan di Bahrain dan London. Akaun ini dimiliki oleh Hamzah dan jutawan Melayu yang sedang meningkat naik pada ketika itu, Daim Zainuddin.


Pada bulan Disember 1981, Tengku Razaleigh Hamzah telah mendapatkan pinjaman dari Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), melalui dua anak syarikat luar negara bank itu – satu di Bahrain dan satu lagi di London, untuk memberi pinjaman kepada Maminco yang bernilai lebih RM1 bilion. Seminggu selepas itu, Razaleigh terus mendapatkan pinjaman bernilai lebih RM200 juta daripada Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berpusat di Hong Kong dengan bantuan Pengurus Besar Bank tersebut, Ibrahim Jaafar.

Ibrahim merupakan instumen yang sangat penting dalam memastikan bahawa berjuta-juta tambahan kepada Maminco tidak direkodkan dan rekod perbankan. Meskipun terdapat banyak bukti bahawa wang tersebut didepositkan di beberapa tempat, kebanyakannya tidak pernah dikreditkan terus kepada Maminco walaupun nama Maminco tertera dalam resit dan invois BMF yang tidak terkira banyaknya. Secara keseluruhannya, sejumlah RM400 juta dikatakan telah berjaya diperolehi berikutan perbezaan dasar perbankan yang wujud diantara anak syarikat BBMB di dalam dan luar negara.


Dalam bulan-bulan berikutnya, sejumlah RM900 juta telah diberikan kepada Maminco bagi tujuan pembelian sebanyak 60,000 tan timah fizikal dan 30,000 tan lagi dalam kontrak niaga hadapan. Mahathir merancang untuk menamatkan spekulasi global bahawa terdapat akses kepada timah fizikal, supaya apabila tiba masanya, mereka tidak akan mempunyai stok yang mencukupi untuk melaksanakan kontrak mereka dengan Amerika Syarikat (AS) dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, menjelang pertengahan tahun 1981, CIA telah menyedari bahawa Perdana Menteri Malaysia merupakan individu yang ingin menekan rakyat Amerika melalui penetapan harga dengan “melonjakkan harga timah melalui manipulasi pasaran niaga hadapan.”

Beberapa minggu sebelum penubuhan Maminco, Bursa Logam London (London Metals Exchange (LME)) telah memaklumkan kepada pentadbiran AS bahawa jumlah bijih timah yang memasuki pasaran pada ketika itu agak tinggi, dan dijangka meningkatkan satu kali ganda. Tetapi pada Mei 1981, Ketua Perisikan Pusat AS, William J. Casey, telah diberikan tips oleh seseorang dari LME yang menyatakan bahawa “ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu (Mahathir).”

Setelah mendapat maklumat ini, Casey berusaha untuk memberi amaran kepada presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan, bahawa punca utama kenaikan harga timah di dunia itu adalah disebabkan oleh sejumlah besar logam yang dikeluarkan dalam kuantiti yang besar oleh penyeludup melalui pasaran Asia. Menurut beliau, jumlah itu “cukup untuk memberi tekanan kepada harga sasaran lantai ITC (International Tin Council (Majlis Timah Antarabangsa).” Casey mempunyai sebab yang kukuh untuk mempercayai bahawa Mahathir telah mengarahkan penyeludupan timah untuk dilepaskan dalam kuantiti yang banyak di rantau Asia Tenggara.

Beliau sangat tepat.

Beberapa minggu sebelum itu, Perdana Menteri telah mengarahkan Hamzah untuk menggiatkan penyeludupan timah di dalam pasaran rantau Asia dengan bantuan seorang lelaki Mesir bernama David Zaidner. Pada hujung tahun itu, Mahathir dan Hamzah kedua-duanya telah meraih kira-kira RM500 juta melalui orang dalam di BBMB yang digunakan untuk membeli saham dalam firma pengangkutan di Hong Kong bernilai USD2 bilion Hong Kong. Semasa semua ini berlaku, UMNO telah memulakan pembinaan Ibu Pejabatnya setinggi 42 tingkat, yang dibina bersama pusat konvensyen dan pameran dengan kos melebihi RM300 juta.

Menurut mendiang Barry Wain, UMNO merancang untuk membiayai sebahagian daripada pembinaan pusat konvensyen (yang dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra) dengan pinjaman bernilai RM200 juta dari beberapa bank tempatan. Dalam bukunya “The Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times,” beliau bercakap tentang lebih 17 tahun yang diperlukan oleh UMNO untuk menghapuskan semua tanggungan hutang tersebut. Walaupun apa yang dikatakan oleh Wain mungkin adalah benar, terdapat banyak kenyataan yang tidak dinyatakan dalam laporan Wain atau beliau mungkin terlepas pandang. Wartawan itu mungkin dengan sengaja telah diberikan maklumat yang tidak tepat mengenai pinjaman RM200 juta tersebut untuk mencegahnya daripada menemui skandal yang lebih besar dalam urusan tersebut.

Skandal yang saya katakan di sini adalah berkaitan dengan rancangan untuk melepaskan sebahagian daripada simpanan stok timah Maminco pada bulan Mac atau April 1982. Hamzah dan Mahathir telah menjangkakan bahawa harga logam akan melonjak pada ketika itu, cukup untuk UMNO merampas kawalan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM), sebuah firma binaan yang sedang mengalami kerugian serius pada ketika itu. Kemudian, presiden Ronald Regan tiba-tiba membuat tindakan drastik menurunkan harga logam di pasaran secara mendadak untuk menggagalkan usaha Mahathir, dan Daim dibawa masuk untuk mengawal kerugian Maminco.

Perkara pertama yang dibuat oleh bakal Menteri Kewangan itu adalah membuat perbincangan dengan usahawan hartanah terbesar, Yap Kim Kee tentang cara untuk menyusun semula Renong agar ia menjadi kebimbangan kroni-kapitalis. Dengan dijanjikan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 juta, Yap dengan segera melaksanakan tugasnya dengan membatalkan pendaftaran syarikat itu di London. Pada masa yang sama, Daim bekerja di belakang tabir bersama Razaleigh untuk saham syarikat tersebut tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Menjelang Februari 1984, keputusan telah dicapai – Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk memudahkan pengambilalihan UEM oleh salah sebuah syarikatnya sendiri, Hati Budi Sdn Bhd.

Hati Budi Sdn Bhd ditubuhkan khas untuk pengambilalihan tersebut. Hati Budi yang baru ditubuhkan beberapa minggu itu telah mempunyai kepentingan besar terhadap kawalan ke atas UEM, dan Yap telah dijanjikan (tanpa bertulis) kepentingan dalam projek Lebuhraya Utara-Selatan yang telah dirancang dan beliau juga ditawarkan untuk mengawal syarikat itu selepas itu. Dua tahun kemudian, UEM ditawarkan kontrak untuk menyiapkan baki 494km daripada 870km lebuhraya tersebut, walaupun tidak pernah membina jalan utama atau jambatan sejak penubuhannya. Semasa ditawarkan kontrak tersebut, syarikat itu sedang dalam tindakan insolvensi selepas mengalami kerugian untuk tahun keenam berturut-turut.

Bagi membantu memulihkan syarikat tersebut dan kerugian yang dialami, Mahathir telah menawarkan syarikat tersebut konsesi selama 30 tahun dengan perjanjian 7.5 sen untuk setiap jangka hayat tol, dengan syarat bahawa Daim akan menyalurkan 30 peratus daripada anggaran RM34 bilion yang bakal UEM perolehi kepada pelbagai syarikat yang diletakkan di bawah nama beliau dan kroninya.

Akan bersambung …

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...