Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Mac 2018

Rampas Kapal Equanimity Bernilai RM1 bilion Adalah Keterlaluan - Jho Low.

Oleh : Malaysiakini

Ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho melalui jurucakapnya menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sebagai "keterlaluan" selepas kapal layar mewahnya dirampas pihak berkuasa di Bali, Indonesia hari ini.

Kapal bernama Equanimity yang dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) merupakan antara aset yang diburu DOJ kerana didakwa diperolehi menggunakan dana yang disalah guna daripada 1MDB.



"DOJ menghentikan prosiding pelucuthakan aset dalam kes ini dan masih tidak mengambil langkah untuk membuktikan ada kesalahan berlaku.

"Maka amat mengecewakan apabila DOJ meneruskan langkah keterlaluan di peringkat global ini berbanding melihat kembali dakwaan yang bermotifkan politik dan penuh kelemahan.

"(Langkah DOJ) segalanya berdasarkan dakwaan salah laku yang tidak disokong (dengan bukti),"
kata jurucakap Jho Low seperti dipetik New Straits Times malam ini.

Jurucakap itu berkata Jho Low tidak sabar menunggu "fakta sebenar" dibentangkan di mahkamah.

Ia akan menunjukkan kes DOJ "tidak memiliki asas sama sekali", katanya lagi.

Polis Indonesia dan FBI merampas Equanimity di perairan Bali selepas memantaunya selama lapan hari.

Laporan media Indonesia menunjukkan sejumlah 34 kru berada di kapal ketika rampasan dan ia sudah berada di perairan Indonesia sejak November lalu.

"Kami sudah memantau kru sejak semalam dan kini mengamil tindakan selepas mendapat kebenaran mahkamah untuk merampasnya", kata pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia Agung Setya seperti dipetik Metro TV.




DOJ mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB dan mengambil langkah menyita aset bernilai AS$1.7 bilion yang didakwa diperolehi menggunakan wang itu.

Penglibatan DOJ dalam isu tersebut ekoran wang itu "dicuci" melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.



Badan itu memfailkan penangguhan sementara rampasan aset tersebut yang dibuat melalui saman sivil berikutan kes jenayah isu sama yang sedang berjalan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...