Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Mac 2018

Wan Ahmad Najmuddin Hanya Jual Rumah, Biayai Pengajian Anak Di Australia Bukannya Wang Haram Kata KPN.

TUJUAN utama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.



Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu kenyataan di sini hari ini, memetik laporan Utusan Online sebentar tadi.

Jelas beliau seperti dalam laporan itu, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

“Dalam tempoh yang sama pada 2016, akaun yang sama diaktifkan bagi merancang untuk pengajian Sarjana anak perempuannya di Australia juga,” katanya seperti tersiar di portal Utusan Online.


Tegas Mohamad Fuzi, Wan Ahmad Najmuddin turut berjaya menunjukkan dokumen yang membuktikan dana tersebut dari penjualan rumahnya di Shah Alam, yang juga pada masa yang sama bernilai RM700,000 (AUD$260,770).

Kata beliau, dana tersebut kemudiannya diamanahkan kepada rakan rapatnya bagi membuat transaksi ke dalam akaun bank di Australia.




“Wan Ahmad Najmuddin setakat ini berjaya memberi kesemua dokumen berkaitan bagi membuktikan sumber dana tersebut dan beliau juga menepati syarat keperluan untuk memperoleh akaun luar negara, untuk tujuan membiayai pendidikan anak-anaknya di Australia,” katanya.

Oleh itu menurut Mohamad Fuzi, tuduhan oleh portal berita Australia, The Sydney Morning Herald yang mengatakan sumber duit akaun tersebut datang dari hasil yang boleh dipertikaikan atau Wan Ahmad Najmuddin terlibat dengan kesalahan yang boleh didakwa adalah tidak berasas sama sekali, katanya lagi.



Untuk rekod, selain mempertikaikan sumber wang tersebut, portal The Sdyney Morning Herald itu turut menulis yang Datuk Wan Ahmad Najmuddin dilaporkan tidak mahu menuntut semula wang berjumlah RM700,000 yang disita oleh agensi penguatkuasa negara itu. 

Alasan yang dilaporkan adalah kerana kos mahkamah terlalu mahal tulis portal itu yang kononnya memetik kenyataan dari Datuk Wan Ahmad Najmuddin itu sendiri.

Oleh kerana jumlah wang yang terlibat adalah sebanyak
RM700,000 maka perkara itu menjadi tanda-tanya dikalangan netizens.

Portal The Sdyney Morning Herald itu juga melaporkan transaksi kewangan yang dimasukkan secara deposit tunai itu dibuat secara berasingan melalui 5 buah negeri yang berbeza tanpa sebab-sebab yang diperjelaskan lanjut. - 3 Mac 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...