Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Januari 2018

Kalau Taknak Undi Baik Jadi Zombie Je - Usop Wilcha.

PELAWAK yang terkenal dengan loghat Peraknya, Usop Wilcha hari ini tampil dalam satu video klip ringkas bagi mengulas isu #undirosak yang trending di Twitter sejak dua hari lepas.

Menurut pelakon yang membina nama dengan filem Hantu Kak Limah Balik Kampung, beliau berkata mana-mana pihak yang tidak mahu mengundi, baiklah menjadi zombie sahaja.

"Negara ini negara kita. Demokrasi pilihan yang ada. Hanya satu undi je menentukan masa depan negara, kalau taknak, kalau nak boikot undi, lebih baik jadi zombie je. Rosak, rosak, rosak," katanya dalam klip berkenaan.

Terdahulu, pelawak itu mengisytiharkan sokongan terbuka ke atas Pakatan Harapan di Twitternya pada semalam.


"Dengan pengakuan Kegagalan 1MDB, saya juga buat pengakuan terbuka Insyallah akan membantu PH untuk PRU14 ini. Pada kenalan rapat saya dalam BN, saya mohon maaf sebagai individu, tapi sebagai Rakyat saya tak perlu minta maaf," katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

  
Tindakan Usop Wilcha ataupun nama sebenarnya, Syed Mohamad Asri membuat pengakuan terbuka itu nampaknya mengundang kecaman pihak tertentu ke atasnya.




Beberapa pihak mula mempersoalkan pelawak itu mengenai jasa kerajaan dan tindakannya menyokong pembangkang namun dijawabnya dengan baik bahawanya semua pihak harus menghormati keputusannya untuk berbuat pilihan dalam urusan politik. - 26 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...