Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Januari 2018

Asal Tak Setuju, Semua Makan Dedak - Naib Presiden PAS.

AHLI Parlimen Bukit Gantang yang juga Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini berkata PAS mempunyai pengalaman luas dalam melawan Barisan Nasional selama hampir 67 tahun dan tidak perlukan tunjuk ajar dari parti baru yang ditubuhkan untuk melawan UMNO.


"Sudah masak di dalam pertarungan pilihanraya ini. Sebab itu ada orang nak mengajar PAS menjadi pembangkang melawan UMNO. Padahal dia tu baru sehari dua keluar daripada UMNO. Nak belajar lawan Barisan Nasional kena belajar dari PAS, betul tak?

Ada orang nak ajar PAS (berlawan dengan BN). Nak lawan BN kena belajar dengan PAS. Ini baru nak belajar jadi pembangkang, nak ajar kita jadi pembangkang pula.

Itu pun pasal dia lari dari Umno sebab tak dapat dedak, bukan kerana prinsip. Kita belajar lebih 60 tahun.

Kita bertarung selama ini lebih daripada 67 tahun. Hampir 67 tahun. PAS berada di persada politik negara ini ialah tidak lain tidak bukan, kerana prinsip dan dasar bukan kerana orang,"
katanya ketika berucap di perhimpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam hari ini..

Ustaz Ahmad Idris juga berkata PAS telah telah melawan UMNO selama 13 kali pilihanraya kecuali pada tahun 1974 ketika parti itu membentuk kerajaan campuran bersama BN di Kelantan.

Malahan PAS tetap konsisten melawan UMNO termasuklah UMNO dan kerajaan yang pernah dipimpin oleh Mahathir ketika negarawan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

"13 kali pilihan raya (PAS bertanding), cuma sekali je sahaja yang kita tidak (lawan) dengan BN iaitu ketika kita berada dalam kerajaan campuran kemudian kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum tahun 1974. Yang lain semua kita lawan.

Waktu dia (Mahathir) pimpin negara 22 tahun pun kita lawan. Takkan waktu dia jadi pembangkang macam kita, kita tak lawan. Ada pula dia kata PAS apa hari ini sudah hilang halatuju. Pasal PAS sudah berpisah dengan DAP. Berpisah dengan pasukan parti pembangkang. Laaa itu strategi tuan-tuan. Itu bukan dasar,"
katanya lagi.

Pergaduhan PAS dengan parti pembangkang juga disifatkan oleh Ustaz Ahmad Idris sebagai satu strategi namun beliau tidak pula menghuraikan lebih lanjut tentang strategi yang dimaksudkan.

Ustaz Ahmad Idris juga mengharapkan agar tiada mana-mana pihak sewenang-wenangnya menuduh sesiapa sahaja yang tidak bersama pembangkang (Pakatan Harapan) sebagai pemakan dedak.

"Hari ini kita berkawan besok kita bergaduh. Besok kita bergaduh lusa kita berkawan. Itu strategi. Macam awak jugalah, kan? Dulu apa orang tak kata. Mahazalim. Mahafiraun. Reformasi, reformasi, reformasi. Undur, undur, undur Mahathir. Undur, undur, undur Mahathir. Kawan tu undur dah. Hangpa naik balik.


Takpa itu strategi. Jangan rasa lawak. Awak rasakan itu pendekatan yang awak rasakan boleh menang. Silakan jawab pendekatan kamu. Kami tak boleh. Kami ada pendekatan kami," jelasnya. 

"Jangan bila kami tak sama macam awak, awak labelkan awak berikan kami macam-macam. Kononnya kami makan dedak Najib la, dedak UMNO," katanya lagi. - 21 Januari 2018.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...