Selasa, 23 Januari 2018

#UndiRosak Perang Saraf UMNO Kata Mahathir.

PENGERUSI Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa kumpulan anak muda yang memboikot pilihan raya dengan kempen hashtag #UndiRosak dan #Boikotpru14 yang tular di laman sosial baru-baru ini adalah merupakan taktikal perang saraf yang dilakukan oleh musuh politik Pakatan Harapan yakni UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Masalahnya, UMNO dan BN cuba nak cari kemenangan dengan mengelirukan rakyat, ambil hak mereka semasa pilihan raya dengan mendakwa, kalau undi (Pakatan Harapan), hanya akan mengakibatkan masalah yang sama,” katanya kepada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Katanya lagi, pihak BN dengan sengaja menggunakan taktik ‘reversed psychology’ (psikologi terbalik) seperti itu, dan membiarkan ianya tular di kalangan pengguna media sosial.

Meskipun mendakwa kumpulan berkenaan adalah kecil dengan kira-kira satu peratus sahaja namun Mahathir menjelaskan pemikiran seperti kempen #undirosak ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula rakyat kini sarat dengan masalah ekonomi dan pentadbiran salah laku seperti isu 1MDB.

Undilah boikot tapi hanya kepada UMNO - Rashid



Abdul Rashid yang juga naib presiden BERSATU berkata beliau turut menggalakkan penyokong BN yang berasa tidak senang kepada kepimpinan parti supaya tidak keluar mengundi.

"Tak payah keluar mengundilah penyokong mereka ni, (biar) yang keluar mengundi penyokong kita saja. 

Saya galakkan orang sebelah sana yang rasa benci kepada pemimpin mereka tetapi tak berani bersuara (mengenai rasa tak puas hati) tentang kleptokrasi," katanya di sidang media yang sama.

Syed Saddiq ajak berunding

Dalam perkembangan berkaitan, walaupun mengakui kumpulan berkenaan kecil namun ia mampu memberikan kesan tidak baik ke atas Pakatan Harapan terutamanya di kawasan-kawasan yang pemgbangkang menang dengan majoriti kecil.


Justeru itu, Ketua Pemuda Armada PPBM mahu mengajak kesemua pihak yang berada dalam lingkungan kempen #undirosak untuk berbincang bagi mencari titik persamaan.  - 23 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...