Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik sebagai berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.
"Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, saya malu mengaku dari Malaysia, tapi jawab dari Brunei.
"Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk," katanya seperti laporan portal itu.
Beliau berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di sini, hari ini.
Mukhriz berkata, Pakatan Harapan akan memulihkan negara dengan salah satu agenda pentingnya ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, bukannya warga asing. - 26 Januari 2018.