Logo tersebut dilancar semalam dalam satu majlis perasmian oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz sewaktu berada di Forum Pelancongan Asean (ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand.
Ia mempunyai kartun orang utan berkaca mata hitam memeluk monyet proboscis, bayang Menara Berkembar Petronas dan kura-kura di pantai yang juga memakai cermin mata hitam.
Perkataan : 'Travel.Enjoy.Respect', juga terdapat di atas logo tersebut yang tidak diketahui siapa pereka disebaliknya.
Menurut laporan The Malaysia Insight, Nazri dipetik sebagai berkata logo tersebut selaras dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) ketika dirasmikan semalam.
"Baru tengok logo #VisitMalaysia2020. Typeface dah ok ada dynamics tapi identity does not meet any form of representation of local identity, no cultural diversity. Maaf, terkejut sampai semput dibuatnya lepas tengok logo tu. Handphone pun tercampak 13" inch ke lantai. @twt_grafik," respon salah seorang pengguna Twitter.
"Inilah logo Visit Malaysia 2020 kawan kawan. Rasa hina kita ni sebagai graphic designer tengok hasil yang macam ni. Kesian kat kita study graphic habis beribu ribu untuk mahir, untuk faham konsep design tapi logo sebegini rupa dipilih," kata Yoy, yang juga pengguna Twitter.
Logo yang begitu buruk itu juga mendapat perhatian pereka grafik terkenal Malaysia, Fahmi Reza.
Olahan Fahmi memasukkan wajah badut Najib, Mahathir dan Ahmad Maslan dalam logo tersebut dengan perkataan Travel.Enjoy.RespectMyPM.
Hashtag #RespectMyPM antara hashtag yang menjadi kegemaran Ahmad Maslan setiap kali bertweet di akaun media sosialnya.
"Aku dah improve #VisitMalaysia2020 logo," kata Fahmi di Facebooknya.
Di Facebook pula, netizens juga menzahirkan kemarahan dan kekecewaan dengan logo tersebut. Kebanyakan netizens menyelar logo tersebut sebagai 'hodoh', 'memalukan' dan 'menjatuhkan imej negara'.
Ada juga yang mempersoalkan tentang kekangan bajet yang mungkin dihabiskan kerajaan bagi menyelesaikan isu 1MDB, hutang negara dan pemborosan kabinet Najib.
Respon Madi misalnya, "Ini logo ke? Berapa kos yang Nazri bayar? Macam cut and paste dalam power point aje. Nazri takde mata ke? Duit berhabis bayar hutang sebab nak PRU ke," sindirnya.
Jijoe pula menulis, "Sudah-sudahlah memalukan bangsa, agama dan negara. Logo abah kau," katanya seperti kemarahan.
George pula memberikan respon, "Logo ini terlalu amatur. Bukan kerja profesional. Seperti kerja budak yang baru kenal Paint (software). Tidak mungkin golongan profesional akan cipta logo seteruk ini. Mungkin Tourism nak menjimatkan kos - tetapi masih kutip GST, untuk apa jika begini hasil kerja kamu. Tidak adakah badan penilai untuk menyemak dan melakukan saringan selepas pemilihan dilakukan," soalnya.
Manakala Hew Yeng pula berkata, "Tak pernah belajar. Sudah nampak hodoh. Tiada otak mahu fikirkah. Nazri tidak melihatkah. Zaman teknologi begitu moden masih ada logo sehodoh ini. Memalukan," responnya.
Setakat ini pihak Kementerian Pelancongan belum memberikan apa-apa respon terhadap kecaman bertubi-tubi netizens yang diterima oleh Nazri Aziz selepas logo tersebut dilancarkan sejak semalam. - 27 Januari 2018.