Ahad, 21 Januari 2018

#UndiRosak Tanggapan Yang Salah & Bertentangan Dengan Islam Kata Presiden PAS.

PRESIDEN PAS, Tuan Guru Hadi Awang hari ini berkata tindakan segilintir pihak yang memboikot Pilihanraya ke 14 dengan melancarkan kempen #undirosak dan #boikotpru14 di laman sosial adalah satu tindakan yang bertentangan dengan Islam.


“Menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk memilih kerajaan dan memimpin kerajaan yang adil untuk semua.

“Malangnya ada beberapa pihak terutamanya orang muda yang anggap pilihan raya tak penting. Tak keluar undi, dia kata parti politik ni semua serupa.

“Itu tanggapan yang salah dan bertentangan dengan Islam,”
kata
Presiden PAS itu ketika berucap di atas pentas Fastaqim 2.4 di Shah petang tadi.

Menurut Tuan Guru Hadi Awang adalah wajib untuk umat Islam untuk memilih (mengundi) kerajaan yang adil bagi memimpin negara dengan adil.


Berdasarkan pemerhatian rambang di sosial media, kempen #undirosak mendapat sokongan anak muda.
 
Untuk rekod, PAS sebelum ini pernah dilaporkan memboikot beberapa pilihanraya kecil antaranya PRK di Kajang dan Permatang Pauh namun perkara itu tidak diakui secara langsung oleh parti Islam itu kepada pihak media. 

Dalam perkembangan yang berkaitan, program Fastaqim 2.4 di Shah Alam dilaporkan berjaya apabila mencatatkan kehadiran 7,500 hingga ke 12,000 peserta.

Himpunan itu juga berjaya mengutip derma rm128,294.70, dua utas gelang emas, dua bentuk cincin emas dan matawang asing.

Dalam perhimpunan yang sama, PAS turut melancarkan jentera kempen PRU ke 14 bagi peringkat Selangor. - 21 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...