Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Januari 2018

Haram Sokong DAP, Haram Bantu DAP, Haram Undi DAP Kata Zamihan.

Oleh : Kini TV

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin berkata haram bagi umat islam memberi undi dan membantu parti DAP pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut Zamihan dalam sebuah program Sembang Watan anjuran Watan Online yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook semalam, umat Islam digesa menolak DAP yang secara terang-terangan menunjukkan sifat anti Islam dan mempunyai ideologi yang bertentangan dengan agama suci itu.

“Kita melihat idealisma dan gagasan DAP ini jelas bertentangan dengan islam dan bersifat anti islam. Buktinya mereka menolak hukum hakam islam berkait RUU3555 yang mungkin ada rangkuman tentang hudud, qisas dan takzir sebagai mekanisma perundangan islam yang perlu dimanifasti dan kita terjemahkan dalam negara Malaysia sebagai negara Islam.

 "Jika Jelas DAP itu jelas bertentangan dan anti Islam, maka haram untuk umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP, mengundi DAP bukan haram kering, haram basah hukumnya adalah haram jadah," katanya.

Tambah Zamihan lagi, sebagai sebuah NGO beliau tidak gentar dalam menegakkan syiar Islam dan tidak memihak kepada mana-mana parti tertentu.

“Orang DAP nak marah pada saya takpelah, saya tiada kepentingan pada UMNO, PAS, PKR, atau DAP, kita NGO dan kita bersuara demi kebenaran mencari keredhaan Allah.

“Bukan kata orang bagi duit pada kita, syarikat-syarikat tertentu bayar pada kita, kita tidak ada hubungan yang baik dengan kerabat kerajaan langit tertentu pun.
 

“Saya ulang sekali lagi haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak benda yang haram itu kesimpulannya ialah haram jadah,” kata Zamihan.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...