Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Januari 2018

Hilang 8 Juta Duit Rakyat, Pengarah Luah Kekecewaan Ditipu Produser.

DITIPU, diperdayakan, tidak dapat gaji dan wang rakyat lebur 8 juta!

Itulah luahan seorang pengarah tempatan Shuhaimi Zulkefli di laman sosial yang ditulisnya pada 20 Januari lepas. 

Menurut pengarah itu lagi, prosuder berkenaan sebenarnya telah melakukan beberapa penipuan dari tahun 2013 hinggalah ke tahun 2016 : 

"Producer pernah 4 kali produksi RENTAP, tapi gagal atau sengaja digagalkan;

i) 2011 - Rentap (film) Dir. Kamal Isak 2013
ii) Rentap (film) Dir. Osman Ali 2014
iii) Rentap (film) Dir. Hashim Rejab 2016
iv) Peransang Rentap (telemovie) Dir. Lina Johor

Telemovie Peransang Rentap ditukar format ke filem selepas habis pengambaran. Krew projek ni kena tipu jugak. Setiap kali mereka gagal, minta dana baru (atas alasan krew yang salah). Lastly dia berlakon, dia director.

Peransang Rentap keluar panggung November 2017, sekarang masih ditayangkan di Astro First (January 2018)," katanya dalam satu kenyataan. 





Shuhaimi juga mendakwa hasil kerjanya dalam produksi itu tidak dibayar sehingga ke hari ini.

"Saya sebagai 1st Assistant Director bersama team, semangat untuk mencipta filem tokoh pahlawan negara, Rentap. Tapi hingga sekarang penerbit masih belum membayar hasil kerja saya," katanya. 

Tidak hanya Shuhaimi meluahkan kekecewaan ditipu, seorang koordinator tempatan juga mendakwa menerima kesan dari tindakan produser tersebut.

"Saya sebagai local coordinator untuk menjayakan filem ini.. Saya dikejar oleh pengusaha bot di Taman Negara, dikejar oleh pengusaha resort, dikejar oleh pelakon extra orang tempatan dan juga hilang kepercayaan orang-orang di Kuala Tahan kepada saya. Saya dituduh menipu," katanya yang menggunakan nama samaran Taman Negara Pahang di Facebook.

Tambah Shuhaimi lagi, penggambaran juga diarahkan henti pada hari ke 15 atas alasan kewangan sedangkan ketika itu produser sebenarnya belum membayar sesiapa pun lagi dakwanya.





Polemik filem Rentap pernah dilaporkan media pada September 2014 apabila pihak produksi dituntut untuk menjelaskan baki tertunggak kepada krew produksi dan pelakon yang terlibat dalam penggambaran filem tersebut.

Ada beberapa pihak yang mendakwa kerugian sehingga 100,000 selepas pihak produksi enggan melunaskan bayaran akan perkhidmatan yang telah digunakan.


Perkara itu dibangkitkan oleh KARYAWAN apabila mangsa-mangsa membuat aduan kepada agensi berkenaan bagi menuntut pembelaan.



Menurut semakan online, pihak produser yang dinamakan mengesahkan menerima bantuan FINAS bagi menjayakan filem epik RENTAP yang seterusnya ditukar judul kepada Perangsang Rentap pada tahun 2016.


Filem berkenaan memasuki panggung pada tahun 2017 namun tidak menerima sambutan mengalakkan dan kini ditayangkan di Astro First.


Respon beberapa netizens juga mengesahkan pernah menjadi mangsa kepada produksi filem tersebut.


Antaranya Izzah yang menulis tidak dibayar gaji dan pampasan oleh salah seorang penerbit yang juga pemilik hotel Pelangi, Muar semasa menjayakan filem itu.

Manakala Ajimi pula menulis, kehilangan dan kerugian wang rakyat menerusi FINAS bukanlah perkara baru dan apa yang menjadi kepelikkan ialah perkara tersebut langsung tidak diketengahkan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

"Berjuta-juta lebur macam tu jer.."



"FINAS asyik jawab tidak tahu"


Setakat ini pihak yang didakwa melakukan penipuan belum memberikan apa-apa maklum balas terhadap tuduhan yang bertebaran di laman sosial - 23 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...