Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Januari 2018

Bertanding Di Permatang Pauh, PAS Tidak Bertanggungjawab, Gadaikan Perpaduan Kata Nik Nazmi.

KETUA Pemuda Harapan yang juga ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini berkata PAS tidak bertanggungjawab apabila meneruskan niat untuk tetap bertanding di Permatang Pauh, kerusi Parlimen yang diketahui ramai sebagai kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah.

Menurut Ketua Pemuda Harapan itu langkah PAS bertanding di Permatang Pauh telah mengadaikan usaha perpaduan yang dibina oleh pemimpin pembangkang yang terdahulu dan perkara itu amatlah dikesali oleh AMK. 



"KEPUTUSAN PAS BERTANDING PERMATANG PAUH GADAIKAN USAHA PERPADUAN PEMBANGKANG PIMPINAN PAS SEBELUM INI

Keputusan PAS untuk bertanding di Permatang Pauh amatlah dikesali. Tindakan ini tidak bertanggunjawab dan menjejaskan kepentingan dan aspirasi rakyat untuk melihat pembangkang bersatu melawan Najib Razak,"
katanya dalam satu kenyataan.
 

Nik Nazmi turut berkata tindakan parti Islam itu bertanding di Permatang Pauh hanya menguntungkan UMNO.

"Pertandingan pelbagai penjuru hanya menguntungkan UMNO Barusan Nasional dan status quo ekonomi yang menekan rakyat dan dibelenggu rasuah," .

Amatlah menyedihkan melihat usaha membina perpaduan di kalangan pembangkang oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat digadaikan oleh pimpinan PAS hari ini.

Pengundi dan akar umbi PAS boleh menilai sendiri di mana halatuju PAS dengan keputusan ini,"
katanya lagi. -  23 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...