Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 April 2017

Nik Abduh Jangka ‘Tsunami Islam’ Pada PRU14, Anggap UMNO Bukan Musuh Sepanjang Hayat.

Oleh : Ismaweb
Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz meramalkan akan berlaku ‘tsunami Islam’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Hal ini kerana rakyat memilih calon yang membawa aspirasi menegakkan Islam.
Nik Abduh
Katanya, rakyat sanggup memberi undi kepada PAS bagi membolehkan parti itu memainkan peranan lebih besar tertama di peringkat Parlimen dan PAS dapat menguasai negeri-negeri.
“Apabila kita dapat menguasai negeri-negeri iaitu sebanyak empat negeri hingga lima negeri yang kita sasarkan maka arus Islam itu yang digerakkan, bukan hanya oleh akar umbi rakyat ini bahkan negeri juga, dapat memperkenalkan sistem pemerintahan yang lebih Islamik.
“Akhir sekali, ia menjadi contoh yang baik diperingkat Pusat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke-34 di Hotel MH Sungai Siput, lapor Astro Awani.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan bahawa Nik Abduh mengingatkan ahli parti agar tidak memusuhi UMNO sehingga hari akhirat atau seteru sepanjang hayat.
“Saya minta ahli PAS berfikir lebih jauh ke depan. Perjuangan Islam bukan soal PAS-UMNO, ia adalah soal bagaimana nak bawa agama ini diterima dalam masyarakat.
“Kita tahu jika PAS sahaja yang mahu kepada Islam dan orang lain tak nak, jadi tidak ke manalah.
“Jadi, saya minta Pemuda PAS berfikir lebih besar dan jangan hanya berkisar antara PAS dan UMNO sahaja. Jika hanya fikir PAS-UMNO, PAS-UMNO, akan jadi macam PAN (Parti Amanah Negara), anggap UMNO musuh sampai akhirat,” katanya.
Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan PAS akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO dalam menghadapi PRU14.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...