Isnin, 3 April 2017

Bermula 1 April, Sistem AWAS & KEJARA Dilaksanakan Untuk Ganti AES - Kepada Pemandu, Berhati2lah!

Bermula 1 April lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dilaksanakan.
Ihsan - Google/Paultan
Ia dinaik taraf dan dikuatkuasakan sebagai langkah membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekali gus membentuk sikap berhemah pemandu, lapor portal Mstar.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata, sistem itu hanya menggunakan 14 Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di pasang di seluruh negara setakat ini bagi mengesan pemandu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
“Ia masih di peringkat awal dan kami mahu memberi tumpuan kepada sokongannya. Buat masa ini, sistem tersebut hanya meliputi dua kesalahan untuk sistem Kejara – memandu laju dan melanggar lampu isyarat,” katanya.
JPJ menjangka untuk memasukkan sepenuhnya kesalahan lain menjelang tahun ini, dan memasang lebih banyak kamera.
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan pelaksanaan Awas diluluskan di Parlimen pada tahun lepas.
Selain berdepan denda minimum RM150 di bawah AES, lesen pemandu juga akan digantung atas kesalahan memotong di garisan berkembar di bawah sistem Awas, termasuk melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...