Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 April 2017

Kita Mungkin Tak Bersetuju Dengan Non Muslim Tetapi Tak Boleh Seru Pertumpahan Darah - MAZA Kepada Zamihan.

Oleh : Maza

Perkataan kafir harbi memberi erti kafir itu diperangi, darah dan harta tidak terpelihara. Ia bukan satu istilah yang boleh dijadikan mainan kerana mempunyai implikasi yang sangat bahaya kepada keselamatan. 

Zamihan
Hanya pihak ulul amri yang berhak untuk istihar hal ini dalam kerangka sesebuah negara. Seruan seperti ini boleh menimbulkan penumpahan darah dan slogan yang sama inilah yang digunakan oleh ISIS. 

Jika ada pihak yang mengambil tindakan berdarah terhadap pemimpin MCA dan seumpamanya, pengucap ini patut dipertanggungjawabkan. Lebih pelik jika orang seperti ini dijadikan rujukan dalam isu keselamatan negara dan bertugas di KDN. 

Saya menggesa satu siasatan dibuka kaitan ucapan yang seperti ini. Kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa kenyataan non-muslim tapi kita tidak boleh semudahnya menyeru kepada penumpahan darah mereka. Negara mempunyai peraturannya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...