Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 April 2017

Gambar Mat Sabu, Siti Kassim Adalah Super Impose - Penyokong PAS Patut Berhenti Sebar.

Setiap kali memerhatikan perdebatan antara penyokong-penyokong PAS dan Amanah di group whatsapp politik, pasti ada dikalangan ahli-ahli PAS yang menyebarkan gambar Mat Sabu bersama Siti Kassim dan menggunakan gambar itu untuk menjustifikasikan betapa Mat Sabu adalah penyokong pihak-pihak liberal yang pro kepada LGBT.

Gambar Mat Sabu - Siti Kassim Adalah Super Impose
Ianya diulang sebar berkali-kali dan ramai juga menyangka gambar itu adalah tulen, namun baru-baru ini di status FB Siti Kassim, beliau menafikan gambar itu adalah gambar yang tulen sebaliknya ia adalah versi yang telah diedit.

"Saya tak pernah berjumpa dengan dia (Mat Sabu), nama dia pun saya tak tahu apa, namun apa yang Islamofasis tidak sedar, perkara ini hanyalah memberikan kredit kepada beliau (Mat Sabu) kerana dikatakan bergambar dengan saya. Ia menunjukkan beliau (Mat Sabu) menyokong pluralisme dan sokong semua Malaysians tanpa melihat kepada bangsa dan agama", tulis Siti Kassim di status berkenaan.

Meskipun Siti Kassim berpandangan positif berhubung penyebaran gambar super impose berkenaan namun penyebaran gambar fitnah itu telah mencalarkan imej Mat Sabu terutamanya dikalangan penganut Islam di negara ini.

Sesungguhnya memang benarlah si tukang edit mahu memperlihatkan Mat Sabu menyokong gerakan pluralisme kerana ianya akan dijadikan hujah betapa parti AMANAH ialah penyokong pergerakan liberalisme yang mendokong perjuangan LGBT. 

Ini akan membuatkan pengundi melayu menjauh daripada menyokong AMANAH dan PAKATAN HARAPAN.

Diharapkan dengan penjelasan oleh Siti Kassim itu, maka kepada pihak-pihak yang giat menyebarkan gambar super impose itu bolehlah berhenti berbuat demikian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...