Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 April 2017

MP Tasek Gelugor Tidak Difitnah Dan Ini Adalah Buktinya.

"Kementerian tidak mengalakkan perkahwinan kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun kerana ia sebenarnya menghalang perkembangan sepenuhnya kanak-kanak termasuklah soal pendidikan mereka, kesihatan dan juga sosial.

Kementerian akan bekerjasama dengan kementerian pendidikan untuk memberikan kesedaran kesihatan reproduktif kanak-kanak agar mereka sedar keburukan perkahwinan awal ini", - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

"Child Marriage should be curbed", - Menteri Di JPM, Datin Seri Nancy Shukri. 

"Kerajaan ada usaha untuk meningkatkan umur minimum perkahwinan dari 16 (kanak-kanak perempuan) ke 18 tahun", - Rosmah Mansur.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Neo Ching pada semalam telah mencadangkan satu usul agar mengharamkan perkahwinan kanak-kanak. Kenyataan di atas adalah merujuk kepada pendirian kerajaan tentang perkahwinan kanak-kanak yang dipetik sejak dari 2015.

Kerajaan beranggapan perkahwinan kanak-kanak tidak sesuai dan had usia perkahwinan juga perlu dinaikkan. Bagi membuktikan kenyataan kerajaan selari dengan tindakan, MP Kulai usulkan perkahwinan kanak-kanak diharamkan. Perbahasan Kulai disertai dengan beberapa contoh kes yang patut dijadikan rujukan kenapa usul beliau wajar disokong.

Kes pertama di Kedah (2012)

Fahmi, 19 tahun bersama pasangannya Fazira yang baru sahaja berusia 12 tahun dikahwinkan. Berkahwin tak sampai setahun disahkan bercerai dengan talak 3. Fazira dikahwinkan dengan kebenaran wali selepas dirogol oleh Fahmi bersama 2 rakannya yang lain, 4 bulan sebelum dikahwinkan. 

Kes rogol dilaporkan kepada polis namun keluarga Fahmi merayu kepada keluarga Fazira agar menarik balik laporan kerana tidak mahu melihat Fahmi masuk ke dalam penjara. Keluarga Fazira bersetuju menarikbalik laporan polis dan menikahkan anak mereka dengan Fahmi. Fazira tidak tahan dengan layanan keluarga Fahmi dan didera secara fizikal serta tidak diberi makan. Fazira juga menyatakan sejak dari awal lagi keluarga Fahmi tidak pernah menyukai dirinya.

Kes kedua (2016)

Ahmad Syukri berumur 22 tahun berkahwin dengan mangsa yang dirogolnya yang ketika itu baru berusia 14 tahun.

Kes ketiga

Rizdhuan yang berumur 40 tahun dibenarkan berkahwin dengan mangsa yang dirogolnya yang ketika itu baru berusia 13 tahun. Anak sulung Ridzhuan lebih tua dari isteri keduanya. 

Kes keempat (2015)

Lelaki yang berumur 35 didakwa di mahkamah kerana merogol seorang kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun dikala lelaki itu mempunyai isteri yang baru berusia 14 tahun. Isteri lelaki tersebut merupakan kakak kepada kanak-kanak 11 tahun yang dirogol. Isteri lelaki itu ialah OKU. Selain merogol mangsa, lelaki itu juga merakam perbuatan tersebut dan menyebarkan ia kepada rakan-rakannya.

Menurut MP Kulai terdapat banyak contoh kes perkahwinan kanak-kanak mendorong kepada perlakuan penderaan terhadap kanak-kanak (perempuan) yang terpaksa memasuki alam perkahwinan di usia muda. 

Kesimpulan yang ditekankan Kulai ialah dengan kuasa seperti kebenaran wali, kanak-kanak perempuan diberikan izin untuk dikahwinkan sana sini.


Tasik Gelugor kemudiannya bangun dan membantah usul Kulai. 

Ini adalah hujah Tasik Gelugor. 

Tasik Gelugor menyatakan usul Kulai tidak bersesuaian dengan keadaan di Malaysia. Di Malaysia ada dua jenis undang-undang salah satunya enakmen keluarga Islam yang digunakan di negeri-negeri.

Menurut Tasik Gelugor umur 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki dibenarkan berkahwin mengikut hukum syarak.

Dalam kes-kes tertentu, apabila gadis berumur dibawah 16 tahun mahu dikahwinkan, perkara tersebut mestilah mendapat kebenaran dari mahkamah terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, sistem yang sedia ada sudah cukup cantik dan protective (untuk melindungi hak kanak-kanak perempuan). Antara perkara-perkara yang menjadi pertimbangan bagi hakim mahkamah syariah untuk mempersetujui perkahwinan bagi gadis bawah 16 tahun ialah dengan kebenaran wali (penjaga) bagi kanak-kanak perempuan itu.

Dalam kes yang dibahaskan Kulai ada 2 isu berbeza. Dua isu tersebut ialah;

1. Kes jenayah seksual
2. Kes perkahwinan bawah umur

Tidak salah perogol berkahwin dengan mangsa yang dirogolnya walaupun mangsa itu bawah umur kerana ianya tidak salah dalam undang-undang perkahwinan. 

Perogol tetap boleh dikenakan pendakwaan kerana perogol melakukan kesalahan di bawah kesalahan jenayah. Di Malaysia seks suka sama suka meskipun melibatkan pasangan bawah umur tetap dianggap rogol.

Menurut MP Tasek Gelugor, cuma satu dua kes sahaja berlaku penceraian yang membabitkan perkahwinan bawah umur. Mengikut stastistik yang dikeluarkan Kulai terdapat lebih dari 9,000 perkahwinan bawah umur berlaku semenjak 5 tahun yang lepas walaupun Tasik Gelugor menyatakan "tidak banyak mana pun perkahwinan bawah umur di Malaysia" (tanpa stastistik).

Ada positifnya apabila ada undang-undang perempuan berumur bawah 16 tahun dibenarkan kahwin. Ada anak-anak yang bawah 16 tahun sukar dikawal oleh keluarganya, kanak-kanak itu liar dan sebagainya apabila dikahwinkan dia telah dijaga dengan begitu baik dan hidup dalam keadaan yang aman damai.

MP Kota Raja bangkit mencelah. 

Menurut MP Kota Raja, penilaian hakim perlu lebih terperinci bagi memastikan perkahwinan bawah umur yang berlaku adalah benar-benar perlu (selepas melalui proses semakan yang sangat ketat). Ada kes, hakim membenarkan perkahwinan walaupun kanak-kanak tersebut baru berusia 12 tahun.

MP Kota Raja juga tidak bersetuju dengan pandangan Tasik Gelugor bahawanya cara mengatasi masalah perlakuan liar anak-anak perempuan adalah menerusi jalan perkahwinan.

MP Tasik Gelugor sambung berhujah.

Bukan masalah umur, seorang gadis dikira kematangan merujuk kepada akil baligh jika 9 tahun dah sampai akil baligh dah matang dah.

Ada sesetengah kanak-kanak umur 12, 15 tahun tetapi fizikal macam sudah gadis berumur 18 tahun dalam hal ini tidak mustahil dia dikahwinkan, dia sudah mencapai akil baligh pada umur 9 tahun. 

"Oh seorang gadis itu dia berkahwin dengan suaminya, suaminya pernah merogolnya dan kita terus katakan suami itu tidak baik, haprak sepanjang masa. Mungkin ada prosesnya. Mungkin orang yang menyesal ini lebih baik daripada yang tidak pernah menyesal. Kita jangan letak satu assumption, setiap orang akan terus menerus jadi jahat", kata Tasik Gelugor.

"Masalah dia rogol ke dia zina ke yang paling penting apabila mereka melalui satu proses keinsafan, satu proses bertaubat, orang yang merogol ini tetap kesalahan jenayah, mungkin sebab perkahwinan itulah mereka dapat kehidupan lain yang lebih baik, lebih sihat

Seorang isteri apabila berkahwin dia tidak akan dapat satu kehidupan masa depan yang gelap, sekurang-kurangnya dia ada suaminya ada orang yang boleh menjadi suaminya pada ketika itu, itu adalah penyelesaian kepada masalah sosial, itu adalah remedinya", kata Tasik Gelugor lagi dalam mempertahankan hujahnya membantah usul MP Kulai.

Kesimpulan

Kesimpulannya, MP Tasik Gelugor tidak disalahfaham kerana membayangkan seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun boleh dikahwinkan dengan kebenaran mahkamah dengan syarat utama wujudnya kebenaran dari wali asal sahaja kanak-kanak tersebut sudah akil baligh kerana akil baligh membayangkan kanak-kanak perempuan itu sudah matang.

Di mana wujudnya salah faham? Tiada salah faham.

Akil baligh bukan membayangkan kematangan. Akil baligh ialah perubahan fizikal tubuh badan, bermulanya satu proses fizikal yang menyerupai fizikal ke arah remaja dan dewasa tetapi ia tak bermaksud dari segi pemikiran kanak-kanak itu sudah mencapai usia matang. 

Usul Kulai ialah bahawanya kanak-kanak yang berusia bawah umur tidak mampu memberikan kebenaran disebabkan kegagalan mereka dalam memberikan apa-apa kebenaran bermaksud mereka tidak mampu memberikan kebenaran untuk berkahwin oleh kerana itu tidaklah patut mereka dikahwinkan walau dengan izin wali. 

Kulai memberikan beberapa contoh kes di mana penganiayaan wali ke atas mangsa rogol apabila dikahwinkan kepada perogol.

Oleh kerana mereka ialah kanak-kanak bawah umur mereka sangat mudah dimanipulasi, dipujuk, dipengaruhi, diarah, untuk bersetuju dengan kehendak pihak wali. Bagi membendung perkara ini adalah lebih baik menolak terus perkahwinan dibawah umur.

Apa yang salah faham? Tiada salah faham, memang terbukti Tasik Gelugor membayangkan perkahwinan mampu menyelesaikan masalah anak liar, masalah sosial dan lebih teruk membayangkan perogol patut diberi peluang untuk insaf dengan berkahwin dengan mangsanya tanpa memikirkan perasaan mangsa. Bukan bermaksud apabila dirogol atau telah melakukan seks suka sama suka dengan pasangan, kanak-kanak perempuan mahu berkahwin dengan individu berkenaan atau mahu masuk ke dalam alam perkahwinan. 

Mengikut budaya melayu, perkahwinan muda biasanya kerana nak tutup malu atau risau anak diumpat orang. Bukannya kerana demi kebahagian anak-anak. Mangsa rogol atau kanak-kanak bawah umur yang melakukan seks bebas juga patut diberikan peluang kedua untuk bertaubat dan insaf. Kenapa hanya pentingkan kehendak kaum lelaki berbanding secara adil menilai semua aspek sama rata tanpa mengira gender?

Penjelasan oleh Azmadi yang tular di laman sosial membayangkan kononnya Tasik Gelugor difitnah adalah tidak benar. Sememangnya respon Tasik Gelugor kepada Kulai, Kota Raja dan Pasir Puteh adalah jawapan-jawapan yang trigger kepada pendapat-pendapat seperti yang dilaporkan oleh beberapa wartawan portal berita.  

Bagaimanapun hujah Pasir Puteh bahawanya perkahwinan kanak-kanak adalah tidaklah patut diharamkan secara total (bantah usul Kulai) sehingga kita refer kes by kes. 

Ada sesetengah kes jika anak itu patut dikahwinkan maka dikahwinkan namun ada sesetengah kes tidak patut dikahwinkan dan wali tidak patut sewenang-wenangnya mengahwinkan anak bagi menyelesaikan kes rogol atau seks suka sama suka terutamanya sekali mengahwinkan mangsa rogol kepada perogol. Ini adalah pendapat terbaik dan moderate di antara pendapat Kulai dan MP Tasek Gelugor.

Perbahasan tentang perkahwinan kanak-kanak ini boleh diikuti di bawah ini dari 1:40:00 dan seterusnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...