Sabtu, 1 April 2017

BN Agih 4,000 Minyak Masak Percuma Bukti Harga Barang Tidak Turun Selepas GST Dilaksanakan.

1 April 2015 ialah tarikh keramat pelaksanaan GST di Malaysia. Pelaksanaan GST mendapat tentangan rakyat berikutan masalah korupsi yang teruk di negara ini namun kerajaan tetap melaksanakan ia atas alasan pelaksanaannya dapat membantu kerajaan mengutip lebih banyak cukai dan wang-wang itu boleh digunakan untuk kebaikan rakyat.

Ahmad Maslan juga pernah mengatakan dengan pelaksanaan GST harga barang akan turun. Kenyataan itu dipetik ketika Ahmad Maslan sedang diwawancara oleh TV1 dalam tajuk berkaitan pelaksanaan GST.

Namun selepas 2 tahun dilaksanakan, harga barang bukan sahaja tidak turun bahkan kos sara hidup semakin meningkat naik.

Ahmad Maslan nasihat buat dua kerja, masak sendiri berjimat.

Selepas GST dilaksanakan, bagi menjawab kritikan awam kenapa harga barang tidak turun selepas pelaksanaan GST, Ahmad Maslan menasihati orang ramai agar melakukan lebih dari satu kerja. 

Beliau juga melakukan beberapa kerja dalam masa yang sama ujar beliau. Namun cadangan itu dikritik kerana netizens beranggapan buat dua kerja akan menjauhkan hubungan kekeluargaan kerana masa banyak dihabiskan diluar rumah berbanding bersama anak-anak.

Ahmad Maslan juga menasihati mahasiswa agar memasak sendiri makan di universiti daripada membeli di luar bagi langkah jimat-cermat susulan pelaksanaan GST namun sekali lagi cadangan itu dikritik kerana mahasiswa tidak dibenarkan memasak ketika duduk di dorm universiti.

Beberapa kali Ahmad Maslan mencadangkan langkah penjimatan bagi berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup namun kesemuanya dikritik kerana netizens tetap mencabar agar Ahmad Maslan mengakui kesalahannya secara terbuka bahawanya harga barang tidak turun selepas perlaksanaan GST dan beliau harus meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.


Ingat GST, Ingat Ahmad Maslan

Kenyataan Menteri Sebelum GST
Kenyataan Menteri Selepas
GST
Harga barang akan turun dengan GST
Krikk krik krikk
Hanya orang kaya bayar GST
Krikk krikk krikk
Kerajaan akan gunakan GST untuk bina sekolah
Ibu bapa patut derma untuk selenggara sekolah
GST tidak akan membebankan rakyat miskin
Sila buat dua kerja untuk tambah pendapatan
Keperluan asas tidak akan dikenakan GST
Krikk krikk krikk




4,000 minyak masak percuma selepas GST

Hari ini Pemuda BN Pulau Pinang di 13 kawasan parlimen negeri itu mengagihkan 4,000 botol minyak masak percuma kepada penduduk di kawasan masing-masing.


Pengagihan itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kos hidup rakyat terutamanya dari segi keperluan harian. Menurut laporan Bernama, sumbangan diagihkan berikutan program 'Jom Bantu Rakyat' yang digagaskan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. (walaupun kita tahu niat mereka adalah untuk kempen politik sempena pru semata-mata)

Terbuktilah harga barang bukan sahaja tidak turun selepas GST bahkan kenaikan kos sara hidup pula meningkat sampai BN kena rangka program Jom Bantu Rakyat. Dan Ahmad Maslan langsung tak bertanggungjawab mahupun rasa bersalah selepas terbukti menyebarkan kenyataan fitnah meskipun dah dua kali kita sambut Hari Raya GST.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...