Laporan itu sekaligus menafikan kenyataan awal pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansur yang menyatakan isteri Perdana Menteri itu tidak berada di kediaman aktor itu semasa Najib berkunjung ke rumahnya.
Laporan Oleh Thehindu |
Memetik laporan dari portal thehindu.com, Najib dan Rosmah berada di kediaman Rajnikanth lebih kurang satu jam. Ketika sesi pertemuan itu, keluarga Najib turut ditayangkan dengan beberapa klip dari penggambaran filem Kabali selain berbual santai tentang perkara lain.
Selain dari portal Thehindu, beberapa portal lain seperti unindia.com, thehindubusinessline.com dan indianexpress.com turut melaporkan kehadiran Rosmah pada pertemuan itu. Namun tiada gambar-gambar kelibat Rosmah dikongsikan oleh portal-portal berkenaan.
Bagaimanapun semakan kami mendapati portal indianexpress.com telah mengubah laporan asal dengan membuang petikan yang mengandungi kenyataan kehadiran Rosmah dalam pertemuan tersebut.
Laporan oleh hindubusiness.com |
Rizal Mansor sebelum ini berkata Rosmah tidak terlibat atau berada bersama-sama Perdana Menteri dalam kunjungan Najib ke kediaman Rajnikanth.
"Saya boleh mengesahkan bahawanya Rosmah tidak bertemu dengan superstar Rajnikanth. Ia tak pernah berada dalam jadual kunjungan Rosmah ke India ataupun menjadi sebahagian dari lawatan kerjanya".
"Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat atau campurtangan tentang jadual kerja atau rancangan Perdana Menteri ketika berada di India jauh sekali menyedari wujudnya pertemuan PM dengan Rajnikanth", katanya.
Dalam laporan portal India juga memaklumkan, Rajnikanth menafikan diri beliau dilantik sebagai duta (pelancongan) di Malaysia.