Jumaat, 31 Mac 2017

Najib Tayang Gambar Selfie Dengan Superstar Rajnikanth, Pembantu Kata Rosmah Tiada Dalam Pertemuan..

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada hari ini telah berkongsikan dua gambar pertemuan dengan bintang popular dari India, Rajnikanth. Pertemuan tersebut berlangsung di kediaman pelakon terkenal itu kata Najib.

Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur ketika ini berada di India untuk lawatan kerja selama 6 hari bermula 30 Mac yang lepas.

Najib bertemu Rajnikanth
Najib bertemu Rajnikanth
Sebelum ini portal The Telegraph melaporkan terdapat permintaan peribadi dari pasangan suami isteri itu untuk bertemu dengan Rajnikanth sempena lawatan kerja ke India dan pasangan itu dikatakan sedang menunggu respon balas dari pelakon itu yang dikatakan belum bersetuju untuk berjumpa dengan Najib dan Rosmah. 

Portal itu turut melaporkan Najib dan Rosmah mula meminati pelakon tamil itu ketika beliau berada di Malaysia bagi menyiapkan penggambaran filem Kabali. 


Najib swafoto bersama Rajnikanth
Najib swafoto bersama Rajnikanth
Laporan itu menjadi kontroversi di Malaysia dan Najib menjadi sasaran serangan netizens di media sosial. Susulan dari itu, pembantu khas kepada Rosmah, Rizal Mansur tampil menjawab dakwaan tersebut.

Kata Rizal, Rosmah meminati dan menghormati pelakon ternama itu namun tidak sesekali akan akan membuat permintaan seumpama itu. Tambahan Rizal lagi, pertemuan dengan Rajnikanth juga tidak terdapat dalam jadual kunjungan Rosmah ketika berada di India.

Namun perkongsian dua gambar pertemuan Najib dengan Rajnikanth mula membuatkan pembantu Rosmah itu dikecam kembali. Rata-rata netizens pro pembangkang turut mengejek pembantu itu di ruangan komen.

Dalam respon segera kepada media, Rizal sekali lagi menjawab,"Saya boleh mengesahkan bahawanya Rosmah tidak bertemu dengan superstar Rajnikanth. Ia tak pernah berada dalam jadual kunjungan Rosmah ke India ataupun menjadi sebahagian dari lawatan kerjanya". 

"Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat atau campurtangan tentang jadual kerja atau rancangan Perdana Menteri ketika berada di India jauh sekali menyedari wujudnya pertemuan PM dengan Rajnikanth", katanya.

"Boleh jadi pertemuan itu adalah berkaitan dengan cadangan menjadikan Mr. Rajnikanth sebagai duta Melaka seperti yang pernah disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Ahli Parlimen bukan BN suatu ketika dahulu.

Disebabkan populariti yang ditempa oleh bintang itu ditambah dengan filem terbarunya yang meletup di Malaysia, Rajnikanth ialah calon sesuai bagi mempromosikan Melaka dan Malaysia terutamanya bagi di kalangan pelancong dari India", katanya lagi seperti yang dipetik dari status Facebooknya.

Gambar : Ihsan Najib Razak Twitter

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...