Selasa, 28 Mac 2017

Jangan Buat 11 Perkara Ini Kalau Betul Benci Kerajaan Cabar Penyokong Najib.

Oleh : Saiful Bahari Baharom


Kepada penyokong Pembangkang yang benci sangat Kerajaan, saya cabar amalkan boikot ke atas produk-produk pentadbiran DS Najib. 



1. Jangan ambek BRIM 

2. Jangan pergi UTC untuk berurusan buat IC & passport; 

3. Jangan masuk program Teraju atau SLIM atau mana-mana program bantuan Usahawan. 

4. Jangan ambek rumah PRIMA, dan kesemua rumah-rumah di bawah porgram Kerajaan 

5. Jangan bayar GST. Hanya beli barang tanpa GST. 

6. Jangan beli minyak kereta atau menggunakan teksi mahupun Uber atau Grabcar. Pakai basikal atau roller skate. 

7. Jangan beli minyak masak pek plastik. 

8. Jangan naik MRT dan mana-mana tambahan LRT. 

9. Jangan naik bas Go KL yang percuma. 

10. Jangan pergi Klinik atau Kedai 1Malaysia. 

11. Pakai kereta Proton sahaja. 

Baru la bikin serupa cakap. Kalau pong-pang, pong-pang tulis dalam FB tapi esok harinya terkedek-kedek pergi UTC, belanja duit BRIM, apa hal? 

Mana maruah perjuangan kamu?

---------------

Jawapan.

Pertama - kerajaan ialah entiti yang berhak dikritik dan Najib bukan pemilik kerajaan. Mengkritik pentadbiran Najib bukan bermaksud sedang membenci kerajaan atau negara.

1.  Wang BRIM datangnya dari pembayar cukai - seharusnya disuruh rakyat jangan bayar apa-apa cukai langsung. 😜😜

2. Apa kaitan UTC dengan Najib? UTC beroperasi guna duit Najib ke? 😂😂

3. Polisi kerajaan = hak milik Najib? 😕

4. Adakah Najib pemilik PRIMA? PRIMA ialah satu skim yang dibawah kerajaan (yang cadangkan idea neh pun tah sapa-sapa) - apa kaitan mohon unit PRIMA dengan kritikan terhadap Najib? Rakyat berhak mengkritik kerana Najib ialah wakil rakyat dan pemimpin negara bukannya pemilik negara. Kritikan rakyat boleh dianggap sebagai report card pentadbiran Najib. 😉😉

5. Boleh, tetapi apa jer barangan yang dijual tanpa GST? Apa kata cadang je kerajaan mahsuhkan GST. 😅😅😅

6. Terlalu kelakar sampai tak boleh fikir nak jawab apa - tatau pula petrol di Malaysia Najib yang punya. 😆😆😆

7. Memang tak beli pun tetapi pada yang beli apa masalahnya? Minyak masak - Najib punya? Subsidi guna duit Najib? Sebelum larang penyokong pembangkang beli minyak masak paket, apa kata periksa dulu bekalan minyak masak plastik di pasaran. 😔😔😔

8. MRT pun Najib punya rupanya. 😅😅😅

9. Bas Go KL Percuma pun beroperasi guna duit Najib ye? 😂

10. Klinik dan Kedai 1 Malaysia beroperasi menggunakan duit pembayar cukai - apa rasionalnya penyokong pembangkang dihalang dari menggunakan perkhidmatan ini? 😕😕😕

11. Apasal pula? Adakah semua jenama kereta lain, hak milik Najib? 😆😆😆

Maruah masih ada dan memang ada tapi takde la sampai nak buat cadangan bangang ke atas penyokong-penyokong kerajaan kat negeri-negeri yang ditadbir pembangkang. 

Kah Kah Kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...