Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Mac 2017

"Jika Masih Degil Teruskan RNAA, Kita Pangkah Saja DAP" - Kesatuan KTMB Kepada Kerajaan.

Kesatuan Pekerja KTMB dalam satu kenyataan rasmi yang bertarikh 25 Mac 2017 lepas berpendapat lebih baik jika undian mereka diberikan kepada parti DAP berbanding parti MCA yang diperlihatkan tidak membela nasib pekerja-pekerja itu.

Antara Masalah Yang Melanda KTMB - Selain Dari Isu RNAA
Ini berhubung isu RNAA yang dipercayai akan menyebabkan nasib 4,000 kakitangan KTMB terumbang-ambing. 

"Dah kita tolak MCA, kita sokonglah DAP, ini advantage pada DAP, macam RUM cakap kita bukan RASIS, kita bukan parti politik, kita kesatuan sekerja, dari bagi undi kat MCA yang nak mengancurkan kita, baik kita bagi pada DAP", kata mereka seperti yang dipetik dari blog rasmi RUM.

"Lantaklah.. jangan salahkan RUM, RUM hanya menyokong berdasarkan "ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA", kalau dah "MENGANIAYA KITA" bertindak secara "ZALIM" kita masih lagi nak bagi "UNDI", memang kita ni "BODOH" ler...Dan dia orang tidak boleh berterusan untuk memperbodohkan kita, PRU 14, kuasa ditangan kita, maka kita tentukan siapa yang nak kita pilih", kata mereka lagi. 


Menurut RUM, nasib yang akan menimpa ke atas pekerja-pekerja KTMB tidak akan mendapat simpati sesiapa pun sebaliknya mereka terpaksa mendepani semua masalah itu bersendirian berikutan tindakan kerajaan yang tetap mahu melaksanakan RNAA. 

"Pedulilah apa orang kata, yang susah kita, yang tak makan kita, yang kena buang kita, so kita masih nak angguk-angguk!

Sorry ler, kita bukan PAK ANGGUK!
RUM memang marah dengan idea bodoh RNAA ni... nak kenyang perut, kami semua jadi mangsa!", kata mereka diakhir kenyataan itu.


Untuk rekod, Menteri Pengangkutan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dan datangnya dari parti MCA. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...