Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 Mac 2017

PDRM, SPRM Bergaduh Di Laman Sosial Kes Rasuah Ketum.

Ini adalah apa yang sedang berlaku di laman sosial. 

Pada 27 Mac lepas, tular beberapa gambar dan kisah dua anggota polis yang ditahan berhubung satu siasatan kes rasuah. Menurut laporan dari beberapa portal berita utama negara, kedua-dua suspek yang ditahan adalah anggota unit kereta peronda (MPV), masing-masing berpangkat sarjan dan koperal.

Kedua-dua anggota polis itu ditahan kerana meminta suapan sebanyak rm4,000 dari pengedar ketum yang juga pernah ditahan polis sebelum ini. Suapan itu bertujuan untuk memastikan tiada sebarang tindakan diambil ke atas pengedar ketum itu, kata Yaakob Angah, Ketua Pengarah SPRM Perlis.

Gambar-gambar yang tersebar sebelum ini;


 
Antara reaksi negatif netizens terhadap pasukan PDRM


Bagaimanapun kisah ini tidak terhenti setakat itu. Malahan ianya bertambah menarik. Selepas beberapa jam ditahan SPRM dan menerima kecaman netizens secara tiba-tibanya tersebar satu laporan polis.

Pihak kami juga menerima laporan yang sama pada awal pagi 28 Mac yang lepas. Ini adalah apa yang sampai ke pintu WhatsApp kami.



Apakah maksud gambar-gambar ini?

Mengikut kefahaman kami;

1. Gambar pertama menunjukkan pegawai SPRM yang melakukan tangkapan ke atas anggota PDRM yang terlibat dalam siasatan rasuah.

2. Gambar kedua menunjukkan satu laporan polis yang dibuat pada tahun 2010. Yang menunjukkan salah seorang pegawai SPRM yang menahan anggota polis itu pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Ia adalah individu yang dibulatkan wajahnya dalam gambar pertama.

Berdasarkan pemerhatian kami, gambar kedua diambil ketika laporan polis yang lama itu diakses menerusi komputer. Gambar itu diambil dengan menggunakan telefon bimbit individu yang dapat mengakses rekod lama laporan polis. Kami tidak berani membuat andaian. Terpulang kepada pemikiran pembaca siapa yang anda fikirkan mempunyai akses terhadap rekod-rekod lama pihak polis.

Dan menariknya, laman blog friendsofpdrm melaporkan begini;


Kerana dendam, PDRM diaibkan SPRM?
Di sebalik penangkapan anggota PDRM oleh anggota SPRM semalam banyak menimbulkan spekulasi apabila gambar dua anggota polis digari oleh individu yang hanya berpakaian awam, tidak berpakaian lengkap seperti anggota SPRM.

Menurut sumber yang kami perolehi, salah seorang daripada anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ada mempunyai ‘kenangan silam’ dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  


Anggota SPRM iaitu Mohd Edzwan Bin Mohd Jadi salah seorang daripada anggota SPRM yang bertanggungjawab menangkap dua anggota PDRM didakwa seolah-olah membalas dendam lama terhadap PDRM yang pernah menangkapnya 7 tahun yang lepas.
Mohd Ezwan telah ditangkap oleh pasukan polis bahagian Narkotik Bukit Aman di salah sebuah pusat hiburan di Klang Lama, Kuala Lumpur bersama 72 orang yang didapati positif mengandungi dadah apabila saringan awal air kencing dijalankan ke atas mereka.

Masa tu Mohd Edzwan seorang pelatih kursus dalam SPRM dan belum lagi menjadi seorang anggota SPRM. Hebat juga, dalam menjalani kursus pun boleh keluar pergi pub dan hisap dadah ye…


Bukan itu sahaja, Mohd Edzwan juga mempunyai 4 kesalahan lampau bekenaan dengan lalulintas sekitar Putrajaya dan ibu negara. Catcha!
Dan ini;   

Anak polis dakwa SPRM aibkan bapanya
Masih lagi cerita anggota polis yang ditangkap SPRM tempoh hari dan kali ini anak kepada salah seorang daripada anggota polis tersebut telah membuat laporan polis kerana tidak puas hati terhadap tindakan pegawai SPRM tersebut.
Seorang perempuan yang merupakan anak kepada anggota polis iaitu Sarjan Mohamad Esri Ahmad terkejut membaca berita mengenai ayahnya di internet dan melihat gambar dua anggota polis sedang dicekup kolar dan bergari. Dia mendakwa salah seorang daripada anggota polis dalam gambar tersebut adalah ayahnya dan dia tidak berpuas hati kerana gambar tersebut telah diambil daripada kereta jenis Hilux bewarna hitam dan mengesyaki milik pegawai SPRM.

Tujuan pengadu membuat laporan polis untuk merujuk kepada pihak berkuasa mengenalpasti orang yang bertanggungjawab mengambil serta menyebar gambar tersebut kerana telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan keluarga pengadu serta ingin menjaga imej Polis Diraja Malaysia.

Gadis berusia 20 tahun itu membuat laporan polis atas tujuan supaya pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab mengambil gambar dan menyebarkannya kerana telah mengaibkan keluarganya serta mencemarkan imej PDRM.

Tinjauan kami di laman sosial mendapati terdapat sebilangan anggota polis yang amat marahkan SPRM kerana mengaibkan anggota mereka. Malahan ada yang mempersoalkan kenapa semua unit (agensi kerajaan, pembangkang, orang awam) bersatu menghentam dan memalukan polis. Di manakah rasa hormat masyarakat terhadap pasukan keselamatan itu, soal mereka.

Respon geng polis

SPRM, jangan berlagak sangat..


Ini maruah orang, jangan buka aib 
anggota..


Bagi saya, anggota SPRM ada niat berdendam kes dadah..



Bagaimanapun tidak semua bersetuju dengan pendapat-pendapat yang membela polis. Ada yang mempertikaikan sikap anggota polis yang berlebih-lebihan emosi dan marahkan pegawai SPRM yang menahan dua anggota berhubung isu rasuah. 

Tidak kurang itu juga, terdapat netizens yang merasa hairan melihat kakitangan dua agensi kerajaan saling berbalah sindir menyindir sesama mereka sedangkan kedua-duanya membawa imej mencegah dan membanteras jenayah di dalam negara ini. Kenapa tidak bersatu dan memilih untuk bergaduh pula soal netizens.

Pandangan kami, ianya bukan perkara baru untuk setiap siasatan kes jenayah samada melibatkan anggota PDRM ataupun SPRM atau sesiapa sahaja menjadi tular di laman sosial dan menerima kecaman netizens. Ianya bukan lebih kepada aib. Ianya lebih kepada masyarakat sedang berbual tentang isu semasa negara. Semoga pihak-pihak yang terasa janganla terlalu berkecil hati dengan respon dari netizens. 😁😁😁😁😁

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...