Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak mencapai konsensus berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Pengerusi BN itu, seiring amalan mendapatkan konsensus dalam membuat keputusan, parti itu juga tidak akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Dewan Rakyat, lapor portal Mstar.
"Selaras dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berasaskan konsensus, oleh itu RUU ini akan terus menjadi bil persendirian dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan mengikut aturan mesyuarat", kata Datuk Seri Najib Tun Razak menurut portal itu.
Bagaimanapun, kata Najib, terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memutuskan sebarang ketetapan berkaitan RUU tersebut di Parlimen.
"Kalau Speaker memutuskan untuk membenarkannya, maka ia akan dibentangkan, Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut," katanya.
Ditanya adakah ia bermaksud Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong RUU berkenaan apabila ia dibentangkan di Parlimen atau mereka boleh mengundinya, Najib sekali lagi berkata, ia bergantung kepada peraturan Speaker.
"Mungkin ada atau tidak ada undian. Bergantung kepada peraturan Speaker," kata Najib.
Mengenai Umno yang diperlihatkan cenderung kepada RUU tersebut, Najib dilaporkan menafikan perkara itu.
"Tidak, kita semua percaya mengenai semangat dasar konsensus. Begitulah cara BN," kata Najib kepada pemberita.