Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 September 2013

UFB Bidas MAZA, PAS, Sinar Harian - Ini Penjelasan UFB Mengenai Harga Barang Ketetapan Allah..


Dia cakap Sinar Harian padam beberapa perenggan dalam artikel asal.

Rujuk ;
Fathul Bari turut mengakui tajuk artikelnya telah diubah dan beberapa perenggan dipadamkan oleh penyunting akhbar Sinar Harian.

"Tajuk asalnya 'Bagaimana sikap kita dalam menghadapi kenaikan harga minyak'. Kedua, dua perenggan saya dipadamkan... tapi ini hak mutlak editor," kata Fathul Bari.

UFB juga menganggap bahawa MAZA dan Nasruddin Tantawi sengaja memutarbelitkan kenyataan dia.

Rujuk ;

Beliau turut menjelaskan gambaran oleh Nasrudin dan Mohd Asri terhadap kenyataannya seolah-olah semua adalah takdir Allah juga tidak tepat, sebaliknya berkata orang ramai perlu mencari ikhtiar dalam menangani kenaikan harga barang.

"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.

 UFB juga menambahkan bahawa konsep subsidi tiada dalam Islam ;

Katanya, konsep "subsidi" yang digunakan oleh kerajaan ketika ini tidak berlandaskan ekonomi Islam.

"Dalam ekonomi Islam tidak ada istilah subsidi, di zaman Saidina Umar al Khattab, beliau merupakan antara tokoh ekonomi yang merangka perkembangan ekonomi Islam.

"Subsidi tidak ada, cukai ada," katanya lagi.

Aku dah tengok link blog UFB. Memang ada pengurangan beberapa perenggan dari artikel asal. Tapi aku was2. Betul ke Sinar Harian kurangkan perenggan tersebut ataupun perenggan tersebut baru ditambah? Sebab aku pun ada baca gak artikel tersebut sebelum neh. Tak perasan pula ayat neh ;

Dari hadis ini, para ulama mengatakan bahawa hukum asal harga harus dibiarkan bergantung pada tawaran dan permintaan, pemerintah tidak boleh menetapkan harga. Namun jika mendatangkan mudarat contohnya sebahagian peniaga menguasai pasaran lalu menaikkan harga sewenang-wenangnya sehingga menzalimi manusia, maka dalam hal ini sebahagian ulama membenarkan pemerintah mengawal harga untuk menghilangkan kezaliman dan menegakkan keadilan. Namun jika kenaikan harga itu bukan kerana kezaliman peniaga tetapi kerana berkurangnya jumlah barang di pasaran atau sebab lain yang mempengaruhi ekonomi, maka penetapan harga oleh pemerintah adalah dilarang.

Aku terbaca artikel UFB kat blog UFB sebab ada rakan facebook share di wallnya. Aku rasa memang tak nampak perenggan tersebut, tapi kalau ada ya aku tak nafikan artikel yang diterbitkan oleh SH lebih mengelirukan dan boleh menyebabkan public marah kepad UFB disebabkan penjelasan dia tidak menyeluruh bahkan seolah2 menyalahkan Allah atas semua perkara..

Ini rujukan asal :  http://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/09/08/harga-barang-adalah-ketetapan-allah/

Bagaimanapun tajuknya masih sama. Mana ada SH ubah apa2 pada tajuk pun.

Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/harga-barang-ketetapan-allah-1.199821

MAZA dan KP PAS merujuk kepada artikel yang diterbitkan oleh SH. Jadi tak payah la nak tuduh2 orang putar belit statement sedangkan statement yang diterbitkan oleh SH memang jelas2nya menunjukkan bahawa UFB meletakkan harga barang adalah ketetapan Allah.

UFB yang nampak macam putar belit bila cenderung nak menyalahkan orang lain tanpa memahami kenapa persepsi negatif terbentuk ke atas diri dia.

Berkaitan subsidi pula. Lagi aku pelik. Apa point UFB nak cakap dalam Islam takde subsidi? Adakah nak cakap langkah pengurangan subsidi itu berbaloi dan betul sebab dalam Islam takde subsidi? Kalau ya apasal tak suruh mahsuhkan seme jenis subsidi sekali? Lebih2 lagi subsidi IPP tue. Bila nak hapuskan?

Aku betul2 tak faham dia neh. Ingatkan nak kupas bagaimana subsidi itu patut berperanan dan bagaimana kerajaan boleh gunakan kaedah yang betul untuk mensasarkan subsidi kepada golongan sasaran. Rupa2nya setakat nak cakap dalam Islam takde subsidi. La. Takan la nak guna perkataan sebijik2 macam subsidi untuk mengatakan dia ada atau takde? Kalau dah tugas dia untuk membantu rakyat dan mengembalikan hak rakyat di tempatnya tak kira la ko guna perkataan subsidi ke, keadilan ke, hak bersama ke, bantuan ke, apa ke itu semua bukan hal. Janji sebagai pemimpin ko wujudkan polisi2 yang adil dan mesra kebajikan semua pihak dah cukup. Samada perkataan itu Allah guna ke tak guna ke apa ke itu citer lain. Apa yang penting ciri2 nya, bukan nama perkara itu sendiri. Siyes, aku rasa dia neh fikir terlalu banyak neh. Sampaikan benda2 gini pun nak jadi isu.

Alahai..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...