Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 September 2013

Wajah Penjenayah Paling Jahat Di Malaysia Tersebar.

Paling jahat. Tiada yang lebih jahat dari individu neh melainkan dia la yang paling jahat sekali. Disebabkan kejahatan yang dia lakukan pada 5 tahun yang lepas maka dia telah dihukum pada masa kini.

Kesalahan yang dia buat ialah kesalahan yang paling jahat sekali kat negara neh.

Jenis kesalahan : menentang rampasan kuasa oleh pemimpin zalim, berdemo untuk menyatakan bantahan mengenai perkara tersebut.

Hukuman : Penjara 2 tahun.

Inilah wajah penjenayah paling jahat tue.


Khir Toyo ;

Jenis kesalahan : menganiaya rakyat di Selangor dengan melakukan pelbagai jenis salah laku atas nama jawatan yang dimilikinya dalam kerajaan negeri sehingga menjadi kaya raya. Menindas rakyat Selangor bertahun2 lama nya dengan corak pemerintahan yang tidak adil, tidak amanah, berat sebelah dan menyusahkan rakyat jelata.

Hukuman : Penjara setahun. Boleh dirayu. Tidak dipenjarakan sampai sekarang.

Shahrizat Jalil And Family ;

Jenis kesalahan : menggunakan dana kerajaan yang diperolehi dari wang pembayar cukai untuk membina kekayaan peribadi. Kerajaan memberikan pinjaman dengan kadar bunga yang sangat rendah [pemimpin PTPTN kena pun lagi tinggi] dengan tempoh pinjaman yang lama. Tujuan pinjaman nak memenuhi permintaan daging lembu dalam pasaran tempatan. Supaya pengguna dapat membeli daging lembu yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah untuk seimbangkan permintaan dan penawaran. Juga berperanan untuk membantu peternak2 lembu tempatan bagi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup masing2. Namun apa yang berlaku ialah mereka gunakan dana tersebut untuk bekalkan daging lembu kepada restoran2 mewah saja dan gunakan baki pinjaman untuk membuat pelaburan dalam perkara yang tidak berkaitan dengan lembu.

Hukuman : dilantik menjadi penasihat khas kepada Najib dalam hal ehwal wanita. Suami menyaman pihak yang mendedahkan penyelewengan tersebut. TV3 highlight bahawa tukang dedah kejahatan adalah penjahat tukang buat jahat ialah baik. Syarikat tersebut bakal di jual kepada salah seorang pelabur dari Jepun dengan semua hutang2 ditanggung oleh mereka.

Tajuddin Ramli ;

Jenis kesalahan : melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang / aliran modal MAS sehingga menyebabkan MAS rugi.

Hukuman : Hutang dilupuskan.

Ali Rustam, Khairy Jamaluddin, Isa Samad ;

Jenis kesalahan : terlibat dalam skandal rasuah, jual beli undi dalam pemilihan UMNO, projek2 yang berskala besar yang menimbulkan kecurigaan.

Hukuman : Dilantik menjadi menteri, CEO agensi2 tertentu kerajaan.

PKFZ ;

Jenis kesalahan : projek berskala besar yang merugikan wang pembayar cukai kerana tidak mencapai sasaran seperti yang dirancangkan. Wang pelaburan meningkat berganda2.

Hukuman : Nama2 menteri2 besar dan ahli politik BN yang terlibat semua pun tak bersalah. Yang bersalah hanyalah pegawai2 yang berjawatan kecil dan serdahana. Pegawai2 ini mempunyai kuasa yang terhad dalam memberikan apa2 kelulusan dan kebenaran tapi mereka la yang paling bersalah kalau berlaku apa2. Ketika ini tiada seorang pun menerima hukuman penjara.

Taib Mahmud ;

Jenis kesalahan : terlibat dalam pelbagai siri salah guna kuasa atas nama menteri untuk membolot kekayaan Sarawak secara peribadi dengan meminggirkan warga Sarawak. Membina pelbagai syarikat2 yang berskala besar untuk membolot pelbagai jenis projek dalam dan luar negara bagi membina kekayaan dan empayar Taib.

Hukuman : Dipilih, dilantik dan dikekalkan terus [mungkin sampai putus nyawa kot] menjadi Ketua Menteri bagi tahun ke berapa tah [sebab dah terlalu lama sampai tak terkira tahun..]

Taib Mohammad Taib ;

Jenis kesalahan : terlibat dalam pelbagai skandal yang mencurigakan sehingga membolehkannya memiliki kekayaan terlampau ketika menjadi MB Selangor.

Hukuman : Masuk PAS. Di anggap suci.

Jamil Khir ;

Jenis kesalahan : terlibat dalam penyalahgunaan wang zakat.

Hukuman : di iktirafkan sebagai salah seorang yang layak menerima zakat. [Untuk rekod, Jamil Khir dah ganti balik duit tersebut. Itupun tatau guna duit dia ke atau duit pembayar cukai].

Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Nazri Aziz ;

Jenis kesalahan : dikatakan ada kaitan ataupun dipercayai terlibat dalam pelbagai kes yang menimbulkan keputusan yang mencurigakan. Seperti skandal susu basi di sekolah, C4 dibawa keluar, projek makmal sekolah yang runtuh, mempengaruhi tindakan PDRM dalam pelbagai siri tindakan [ merampas komik, tidak menyiasat kes kecederaan ke atas rakyat biasa yang dilakukan oleh orang2 berpengaruh dan berprofil tinggi, kematian Altantuya, komisen kapal selam, pembelian aset keselamatan dengan harga yang melampaui batas]

Hukuman : tiada keperluan buka kertas siasatan meksipun desakan demi desakan telah dilakukan, tutup kes, mereka bersih, itu fitnah pembangkang, menteri2 di Malaysia adalah malaikat versi manusia.

Ada banyak lagi. Terlalu banyak nak dituliskan disini. Cukupla kalau korang tahu kesalahan paling berat di negara ini bermaksud bila rakyat menegakkan keadilan untuk diri mereka, mempertahankan hak mereka, itu jenayah berat. Kalau mencuri susu nak bagi anak minum pun jenayah berat. Sebab mencuri sikit2. Kalau mencuri besar2, merompak dan menyamun duit pembayar cukai sehingga menindas rakyat itu jenayah kecil dan ringan. 

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...