Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 September 2013

JMM Meroyan Nak Check Jumlah Duit Anwar Ibrahim.

Kalau aku jadi Anwar haram aku nak setuju. Gila apa korang neh sibuk pula nak check berapa banyak duit dalam account bank aku? Lepas tue nak pergi dedahkan kat dalam media2. Ini satu ganguan ke atas privacy orang.

Tahu tak?

Tapi kalau Anwar setuju aku tak pula kata salah. Lantak dia la. Nak melayan sangat kehendak JMM. Jangan sampai tak terlayan sudah la. 

KAH KAH KAH

Apa pun aku raikan kebodohan JMM neh. Dan aku juga raikan kebodohan orang2 yang mempercayai JMM. Kalau aku jadi Anwar, ada orang nak minta tandatangan aku sebagai keizinan untuk dia dedahkan jumlah account bank aku, takan la aku bodoh2 nak jadi patung tanpa memikirkan strategi2 tertentu kan?

Maksud aku, kalau sungguh si ANWAR neh PEROMPAK maka dah tentu2 dia boleh alihkan duit tue kat tempat lain bila dia tahu ada orang beria2 nak siasat dia betul tak?

Apatah lagi JMM buat kenyataan mendahului tindakan. Lain la senang Anwar nak elak, kalau sungguh la si Anwar neh perasuah apa bagai.

Inila kita panggil sengaja nak meraih millage persepsi. Orang kita cukup terkesan dengan politik persepsi neh. Bukti takde takpe, hujah takde takpe, janji kita rasa sesuatu, sudah cukup.

Bayangkan nanti bila mereka tak dapat menemui sesuatu yang mereka harapkan dalam account bank DSAI maka mereka akan tuduh DSAI simpan duit kat account bank Wan Azizah pula.. lepas tue Nurul Izzah, dan begitulah seterusnya asalkan mereka2 tue ada kaitan dengan DSAI.

Dan adakah DSAI selepas itu perlu memberikan persetujuan kepada semua orang untuk memantau privacy account keluar masuk satu family suku sakat dan sahabat akrab dia semata2 nak menolak persepsi dan tohmahan pihak2 tertentu ke atasnya?

Sampai bila2 pun, sampai bila2 pun imej DSAI tidak akan pernah CLEAN di mata mereka. Jadi buat apa nak layan? Biarkan saja. Kalau aku jadi DSAI jangan harap aku nak layan isu BODOH nak MAMPOS macam neh.

Ini cuma serangan alih persepsi dari isu harga minyak dan pelbagai lagi isu2 yang membebankan rakyat. Inila masalahnya orang2 BN. Asal PKR sound sikit pasal ekonomi, jentik sikit pasal subsidi, dah mula lakukan serangan terhadap batang tubuh DSAI.

Lepas tue suka tuduh2 orang yang bersuara sebagai tegar DSAI sebab pada mata dia semua yang bercakap mengenai DSAI ialah penyokong2 kuat DSAI. Padahal dia tatau, orang menyampah sebab dorang gunakan taktik2 bodoh lagi membodohkan untuk mengalihkan focus rakyat terhadap masalah ekonomi negara. Dan mereka juga tidak tahu bahawa rakyat yang melawan tak pernah letak kebergantungan hidup ke atas mana2 pemimpin. Peduli hapa aku dengan DSAI. Sapa baik aku sokong sapa tak baik aku lawan. 

Takde idea nak lawan hujah, diam sudah la. Kalau ko dok diam2 pun takde orang nak kata ko BISU.

KAH KAH KAH

Baca bawah ;

Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata NGO itu akan mengunjungi rumah Datuk Seri Anwar untuk mendesak agar ketua umum PKR itu membenarkan Bank Negara mendedahkan maklumat akaun bank ketua pembangkang itu.

Azwanddin dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata NGO berkenaan akan mengunjungi rumah Anwar esok bagi mendapatkan tandatangan Anwar berhubung maklumat akaun bank Anwar itu.

Maklumat bank tersebut adalah berhubung dakwaan oleh bekas calon BN untuk kawasan parlimen Permatang Pauh, Mazlan Ismail bahawa pengerusi DAP Karpal Singh menerima bayaran guaman RM50 juta dari Anwar untuk merasuah hakim.

Azwanddin berkata, usaha tersebut akan terus dilakukan di setiap lokasi yang dihadiri ketua pembangkang itu sekiranya gagal mendapatkan tandatangan Anwar esok.

"Kami akan ke mana sahaja yang dihadiri Anwar termasuk di Parlimen, ceramah-ceramah, di rumah malah sehingga Amerika Syarikat sekalipun sehingga beliau sanggup menandatangani surat itu.

"Saya bersedia menjadi despatch (budak penghantar surat) kepada Anwar kerana dangan cara ini sahaja dapat memastikan beliau menandatangani surat kebenaran itu selepas banyak desakan sebelum ini tidak menampakkan hasil," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Anwar pada awal bulan lalu membuat laporan polis terhadap dakwaan Mazlan bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, pengerusi DAP Karpal Singh – yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didakwa Mazlan.

Laporan Utusan hari ini menyebut, JMM telah menyediakan surat rasmi kepada gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz untuk membenarkan maklumat akaun itu didedahkan kepada media yang kini hanya memerlukan tandatangan Anwar.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/240941

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...