Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 September 2013

Berhenti Merungut, Jangan Beli Rumah Kalau Rasa Mahal - Menteri


Ya Allah. Ya Tuhanku. Sakitnya rasa ahti. Dapat menteri macam neh. Nak menangis pun tatau patut ke tak patut. Kenapa dorang semua kejam sangat.  Bayangkan benda di ucapkan oleh seorang menteri di negara ini. Dikatakan pula kepada rakyat yang sedang bergelut melawan pemaju2 yang mementingkan diri sendiri..

Ya ALLAH Ya Tuhanku.. kejamnya menteri aku..

Putrajaya hari ini berkata, mereka yang merungut berkenaan kenaikan harga hartanah tidak perlu membelinya jika berasakan pemaju menaikkan harga hartanah sesuka hati, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, harga rumah ditentukan oleh pasaran dan orang ramai harus berhenti merungut.
"Kamu semua merungut. Semua harga naik sedih dan nak hidup yang senang … kadang-kala kita perlu bayar untuk menikmati semua ini," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan persatuan pemaju ekoran kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen seliter yang dijangka memberi kesan kepada harga rumah sehingga 10 peratus.
Jelasnya lagi, mereka yang merungut boleh membeli daripada agensi kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atau Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Ini bukan sekadar bodoh. Ini bahkan bodoh yang membunuh kerana bersikap pentingkan diri sendiri dan kejam. Cakap memang senang. Beli rumah SPNB. Tahu tak berapa ramai yang berdaftar dan tunggu giliran rumah SPNB dan DBKL. Adakah prosesnya semudah ABC? Ada orang yang tak layak nak apply pun sebab duduk di tengah2 antara miskin dan orang kaya. Adakah menteri faham semua ini?

Rumah PRIMA? Adakah dibuat kat satu Malaysia?

Harga rumah ditentukan oleh pasaran kerana kerajaan membenarkan perkara tersebut berlaku. Jika kerajaan mahu, jika kerajaan berusaha, jika kerajaan bertegas, jika kerajaan bertindak, mereka boleh mengawalnya. Mereka boleh, jika mereka mahu. Bila mereka tak mahu maka pelbagai alasan2 bodoh yang timbul bukan kerana ia tidak boleh dibuat tetapi kerana kerajaan sendiri enggan buat untuk menjaga kebajikan rakyatnya.
Ingatkan menteri nak selesaikan masalah rakyat. Bantu rakyat melawan pemaju yang pentingkan diri. Bantu rakyat melawan spekulasi harga yang menaikkan harga rumah. Bantu rakyat mengatasi agent2 yang tamak yang menggunakan rumah kos rendah untuk berniaga dan menyewa.. Rupanya HARAM.
Berhenti merungut? Ko yang kena berhenti merungut kepada kami yang merungut. Kalau jadi menteri dan tak boleh terima rungutan rakyat maka berambos saja dari kedudukan itu. Takde sesiapa pernah paksa untuk ko duduk kat kerusi itupun. Ko sendiri yang nak. Mendengar rungutan rakyat adalah sebahagian dari proses mendekati dan memahami masalah rakyat. Ini rungutan pun ko tak hingin nak dengar tapi sembang kencang pongpang2 apa bagai..?
Sapa undi ko neh?
Sapa lantik ko neh?
Kenapa orang angkuh macam neh di angkat jadi menteri?
Jangan beli rumah? Dah tue kami nak duduk kat bawah jambatan pula ke sekarang neh? Siapa pula kata takmo membayar untuk membeli rumah? Rakyat bukan minta rumah percuma. Jauh sekali minta hujan duit. Tapi biarlah sesuatu barangan yang dijual itu setimpal dengan kemampuan rakyat. Takan la pasal rumah nak hutang seumur hidup pula?
Sengal.
Semakin mahal rumah, semakin mahal deposit, semakin lama masa yang diambil untuk kumpul duit, semakin tua usia kita semakin singkat atau sukar nak lulus loan dan semakin tipis peluang untuk membeli rumah.
Ini pun tak faham ke? Tapi sibuk pongpang nak jadi menteri? Turunla dari kedudukan itu. Ia terlalu menyakitkan ahti aku sebagai rakyat untuk mengiktirafkan ko sebagai menteri. Untuk orang yang pentingkan diri sendiri macam ko memang tak sepatutnya layak menjadi menteri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...